Lima negeri, 45,000 mangsa banjir
Labels:
Banjir
Kuala Lumpur: Lebih
45,000 mangsa banjir kini ditempatkan pusat pemindahan sementara di lima negeri
- Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis, tengah malam tadi.
Di KELANTAN, jumlah
mangsa banjir naik kepada 22,225 orang berbanding 21,601 pada kira-kira 8 malam
semalam, di 107 pusat pemindahan sementara di sembilan jajahan.
Sungai Golok di
Rantau Panjang pula mencatatkan bacaan 10.29 meter (m), Sungai Kelantan di
Tambatan Diraja (5.62m), Sungai Lebir di Tualang (40.90m) dan Sungai Galas di
Dabong (44.01m).
Sekurang-kurangnya
22 jalan di Kelantan ditutup, termasuk Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai di
yang mengalami tanah runtuh.
Di TERENGGANU,
jumlah mangsa banjir turut naik kepada 16,452 orang membabitkan 3,728 keluarga
yang ditempatkan di 106 pusat pemindahan.
Paras air lapan
sungai di Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu pula
dilaporkan melebihi paras bahaya.
Bagaimanapun, semua
jalan utama boleh dilalui kenderaan.
Di PAHANG, jumlah
mangsa banjir di Pahang menurun kepada 6,160 orang daripada 8,193 orang
manakala 25 jalan ditutup untuk semua kenderaan.
Antara laluan di
tutup di Pahang adalah
* JLN KG ORANG ASLI
BUKIT BANGKONG,PANCHING-PARAS AIR 1.5M JARAK 100M
* KM31 JLN KUANTAN
SG LEMBING PARAS AIR 1.0M JARAK 100M
* JLN BANDAR SG
LEMBING PARAS AIR 1.5M JARAK 400M
* JLN KG NADAK SG
LEMBING PARAS AIR 1.0M JARAK 150M
* JLN KG AIR
HITAM/JAYA GADING PARAS AIR 1.2M JARAK 1KM
* KM22 JLN KUANTAN
PANCHING JARAK 150M
* JALAN TANAH PUTIH
PARAS AIR 0.6M JARAK 40M
* KM86 JLN LIPIS GUA
MUSANG
* KM91 JLN LIPIS
MERAPOH PARAS AIR 1.5M JARAK 500M
* KG PERSIT MERAPOH
PARAS AIR 0.5M JARAK 500M
* JALAN KE KG CHEGAR
PERAH PARAS AIR 1.5M JARAK 100M
* JLN KM 6 JERANTUT
KE KUALA TAHAN PARAS AIR 0.5M JARAK 20M
* JLN SIMPANG SEPIAL
PARAS AIR 1.03M JARAK 52M
* KM 48 JALAN
PEKAN-SALONG KG AIR AIR HITAM PARAS AIR 0.1 M (JALAN RUNTUH)
* 4.25. KM 2 JALAN
BELIMBING-PALOH HINAI PARAS AIR 0.7 M (JALAN TERPUTUS)
Di PERLIS, jumlah
mangsa ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis sehingga
meningkat kepada 124 mangsa berbanding 107 sebelum ini.
Di PERAK, jumlah
mangsa banjir meningkat kepada 415 orang pada berbanding 240 orang, pada 5
petang semalam.
DUA lelaki terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah kerana air naik mendadak di Bandar Lama Gua Musang.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan