RSS

Sari Yanti Sah Cerai, Tebus Talak RM10,000

mahkamah Rendah Syariah Petaling diberitahu bahawa pasangan pelakon Sari Yanti dan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban, Khamis lalu.

 Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Edy Casmadi memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz pelakon itu.

 Memetik laporan Utusan Online, Fakhrul Azman turut memohon perbicaraan nusyuz itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian secara baik berhubung kes itu.

 Sebelum ini Sari Yanti memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003 pada 25 Februari lalu.

 Manakala, Edy Casmadi kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz ke atas artis tersebut pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.


 Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al-ly, 4, dan Basit Al-Haq, 2.


sumber dari
http://mediahiburan.karangkraf.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...