Mayat bayi dalam beg
Labels:
Berita
Kuala Lumpur: Mayat
bayi lelaki yang baru 36 jam dilahirkan ditemui di dalam tandas wanita kompleks
membeli-belah di Kepong 3.20 petang tadi.
Ketua Polis Daerah
Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat itu ditemui tukang cuci
yang terhidu bau busuk ketika masuk ke tandas berkenaan."Dia
kemudiannya menemui beg di hujung tandas sebelum memaklumkan kejadian kepada
pengawal keselamatan. Selepas beg dibuka ada mayat bayi di dalamnya.
"Siasatan polis
di tempat kejadian mendapati mayat bayi ini diletakkan di dalam beg kanvas
berwarna merah hitam," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut anggota
forensik mendapati bayi berkenaan cukup sifat namun masih belum dapat
dipastikan bangsanya.
"Kes disiasat
mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
sampainya hatikan.. buang anak mcm buang sampah je.. :((
itulah..mudahnye mereka ambil jalan singkat@fatin wawa
Catat Ulasan