RSS

‘Jual’ bayi di FB....

Alor Gajah: Berang selepas wang RM500 melayang akibat diperdaya berhubung tawaran pengambilan anak angkat, seorang jurutera lelaki nekad melakukan siasatan bagi mengesan dalang penipuan itu hingga berjaya membongkar temberang seorang lelaki berusia 25 yang juga bapa kepada bayi berkenaan.

Hasil siasatan dilakukan jurutera itu berjaya menjejak ibu kepada bayi lelaki berkenaan berusia 28 tahun yang mendakwa kekasihnya menggunakan gambar imbasan anaknya ketika dalam kandungan yang dimuat naik ke laman sosial Facebook bagi memerangkap pasangan terdesak yang mahukan anak angkat.

Malah, wanita berkenaan mengaku sebelum dia mencari keluarga angkat untuk menjaga bayi lelakinya yang selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta di negeri ini pada 7 Mei lalu, dia sudah menyerahkan bayi itu kepada pasangan suami isteri daripada Kuala Lumpur sehari kemudian.


Mangsa yang berusia 29 tahun dan enggan dikenali berkata, dalam kejadian awal Mei lalu, dia melihat tawaran daripada individu berkenaan ketika melayari Facebook (FB) sebelum terus menghubungi nombor telefon yang tertera.


TAWARAN lelaki terbabit yang mendakwa bayi dalam kandungan pasangannya memerlukan keluarga angkat 

Sumber dari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...