Kota Bharu: “Beberapa kali saya ‘mengucap’ apabila melihat keadaan anak
yang mengerang kesakitan dengan bajunya penuh darah selepas ditikam. Tak sangka
dia (abang) sanggup bertindak begitu,” kata Cik Muji Ramli, 41, ibu kepada
seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditikam dua kali oleh bapa
saudaranya di Jalan Bayam, di sini, kelmarin.
Akibat tikaman itu,
Mohamad Danish Aidid Yahaya cedera di pinggang kiri dan kanan dan dikejarkan ke
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut dan disahkan
stabil selepas menerima beberapa jahitan.Mengimbas detik cemas itu, Cik Muji
berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika anak bongsu itu bermain
di belakang rumah, sebelum abangnya yang berusia 44 tahun datang menghampiri
sambil membawa pisau.
CIK
Muji melihat kecederaan yang dialami anaknya semalam.
“Sebelum itu, abang
tiba-tiba mengamuk kerana perkara yang saya sendiri tidak faham sebelum ke
dapur mengambil pisau pemotong sayur, sebelum menikam pinggang kanan Mohamad
Danish.“Abang juga sekali lagi menikam pinggang kanan anak selepas menyeretnya
masuk ke dalam rumah. Saya terkejut ketika itu apatah lagi lihat anak meraung
kesakitan dengan baju berlumuran darah.
“Saya tak mampu buat apa-apa kerana ketika itu abang masih memegang pisau.
Namun, saya nekad mengambil Mohamad Danish dan lari meminta bantuan jiran,”
katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, semalam.Cik Muji berkata, sepanjang
perjalanan ke hospital menaiki ambulans, dia hanya mampu mengucap beberapa kali
berikutan tidak sanggup melihat anaknya mengerang kesakitan.
“Alhamdulillah apabila tiba di hospital, doktor memaklumkan kecederaannya tidak
serius dan dia hanya menerima dua jahitan saja,” katanya.Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek dipercayai
mengamuk kerana tidak menerima wang bantuan RM60 daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).“Difahamkan, sebelum kejadian suspek bertanya ibu mangsa yang
baru pulang dari bank mengenai wang bantuan JKM yang masih belum diterima,”
katanya.
sumber dari
myMetro
4 comments:
ya allah semakin takut dengan dunia ni..kes buang bayi bertamabah2..apa la dosa si kck tu..tkt sgt..
Itulah Nurul. Akal dan fikiran diorang letak kat manalah agaknya@NURUL AQIDAH AZAHAR
dunia sekarang amat menakutkan.
betul tu..sesama adik beradik pun tergamak buat mcm ni@aRz MoHa
Catat Ulasan