Israel terus binasa Gaza
Labels:
Dunia
Baitulmaqdis: Israel
meneruskan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza semalam dengan
menyasarkan wilayah yang dikuasai Hamas itu dari udara dan laut.Pada masa sama,
pejuang Palestin meneruskan serangan roket mereka jauh ke wilayah negara Yahudi
itu.
Sekurang-kurangnya
102 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan
rejim Zionis, kononnya untuk mengakhiri serangan roket ke atas penduduk awamnya
yang sebahagiannya jatuh sehingga Tel Aviv, Baitulmaqdis dan bandar lain.
BANDAR Gaza terus dibedil dalam serangan udara tentera Israel.
AHLI keluarga seorang doktor yang maut dalam serangan udara memberi penghormatan terakhir.
Serangan roket yang
dilancarkan Hamas itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kematian atau
kecederaan serius kerana kebanyakannya dipintas sistem pertahanan udara Iron
Dome yang sebahagiannya dibiayai Amerika Syarikat.
Satu roket yang
dilancarkan Hamas semalam mengenai sebuah stesen minyak di bandar Ashdod
menyebabkan kebakaran besar dan sekurang-kurangnya tiga cedera parah.
Pemimpin Zionis
membayangkan kemungkinan melancarkan serangan darat selepas ia menggerakkan
kira-kira pas ia menggerakkan kira-kira 20,000 anggota pasukan simpanan.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
pray for gaza...
Catat Ulasan