RSS

kejam sungguh - jasad bayi terapung di parit

Bagan Serai: Penduduk kampung berhampiran Parit J, Jalan Matang Buluh, di sini, gempar berikutan penemuan jasad bayi cukup sifat ditemui terapung di dalam parit berhampiran sebuah sekolah, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, mayat bayi itu dijumpai orang ramai yang menggunakan jambatan berdekatan kawasan itu.

Saksi kejadian Mohd Salihin Rahman, 35, berkata, ketika melalui jambatan itu, dia hairan melihat orang ramai berkumpul di tepi jambatan sambil menyaksikan sesuatu yang terapung di dalam parit.
Menurutnya, dia pada mulanya menyangka terdapat mangsa terjatuh ke dalam parit berkenaan namun terkejut apabila mendapati objek terapung yang disaksikan orang ramai adalah jasad seorang bayi.

LOKASI penemuan jasad bayi.

“Dianggarkan bayi berkenaan baru berusia beberapa hari berdasarkan keadaan ditemui. Sungguh keji perbuatan manusia sanggup mencampakkan bayi tidak berdosa itu ke dalam parit.

“Kalau tidak mahu menjaga bayi itu sekalipun, janganlah buat sedemikian kerana haiwan pun sayangkan anak, inikan pula manusia,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.
Mohd Salihin berkata, dia begitu terkilan dengan sikap individu tidak berperikemanusiaan itu kerana dikala umat Islam menyambut puasa masih ada lagi yang sanggup melakukan perbuatan sedemikian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

ain berkata...

Inilah petanda akhir zaman, semoga Allah memelihara kita daripada perkara2 keji dan mungkar

cikdelimamerah berkata...

betul tu ain. banyak sangat kes mcm ni skang@ain samadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...