"Mayat mangsa warga negara Malaysia pula akan diterbangkan ke tanah air selepas itu apabila selesai siasatan forensik dilakukan," katanya pada sidang media khas di Seri Perdana di sini, awal pagi ini.Najib berkata, selain itu, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk yang akan bertanggungjawab ke atas bahan bukti itu.
Katanya, pasukan penyiasat antarabangsa dibenarkan memasuki lokasi nahas dengan jaminan keselamatan bagi memulakan siasatan sepenuhnya tragedi berkenaan.
"Saya tekankan di sini, walaupun kita sudah mencapai persetujuan namun banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk melengkapkan operasi."Saya menyeru semua pihak meneruskan kerjasama bagi memastikan perjanjian ini dihormati dan Borodai setakat ini memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.
Najib berkata, dengan bermulanya siasatan ini, semua pihak akan dapat mengetahui punca pesawat itu terhempas dan siapa yang bertanggungjawab."Dengan itu, mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
4 comments:
Harap keadilan untuk #MH17 ditegakkan. And mayat2 penumpang Malaysia dapat dibawa pulang ke MAlaysia dengan selamat :)
Semoga dipermudahkan semuanya..Aamiin
semoga dipermudahkan segala urusan.. lindungi Malaysia..
Sungguh mencabar.
Kerja nak cari mangsa di lokasi yang tidak selamat & untuk kenalpasti mayat.
Catat Ulasan