Kata Salamah, perkhabaran itu umpama mimpi kerana tidak langsung menyangka suaminya itu akan meninggalkan mereka dua beranak terlalu cepat.“Sepanjang Ramadan ini kami hanya sempat berbuka beberapa kali saja kerana arwah diarah menjalankan tugas pengawasan di laut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bubul Batu 2, dekat sini, semalam.
2 mesej selamat tinggal dari Koperal Ab Rajah Jamuan
Labels:
Sedih
Semporna: Dua mesej terakhir dihantar suami Koperal Ab Rajah Jamuan, 32,
sejam sebelum ditembak mati menjadi tanda kenangan sedih seumur hidup buat
Salamah Amad, 26.
Mesej itu
bertanyakan mengenai anak lelaki tunggal mereka, Khairine Zafran yang berusia
setahun pada 26 Julai ini dan satu mesej lagi bertanya mengenai Salamah.
‘Tidur sudah
Khairine’ dan ‘sayang buat apa’ itu diterima Salamah jam 10 malam dan lebih dua
jam selepas itu dia menerima khabar suami dikahwini pada 2008 itu terbunuh
dalam serangan hendap di Water Bungalow Resort, Pulau Mabul.
Kata Salamah, perkhabaran itu umpama mimpi kerana tidak langsung menyangka suaminya itu akan meninggalkan mereka dua beranak terlalu cepat.“Sepanjang Ramadan ini kami hanya sempat berbuka beberapa kali saja kerana arwah diarah menjalankan tugas pengawasan di laut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bubul Batu 2, dekat sini, semalam.
JENAZAH
Rajah dihantar ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat
Salamah
menunjukkan mesej dihantar Rajah sebelum ditembak mati, semalam.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
sedihnye
Catat Ulasan