Kuantan: Gara-gara mengelak seekor tupai yang tiba-tiba melintas jalan,
lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan
melanggar belakang lori sebelum terjunam dalam gaung sedalam tujuh meter di
Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan dekat Sungai Karang di sini, kelmarin.
Kejadian jam 1.30
petang itu berlaku ketika kereta Suzuki Swift dinaiki keluarga terbabit dalam
perjalanan dari Marang, Terengganu ke Kuantan menyebabkan seorang daripada
mereka cedera di kaki manakala yang lain cedera ringan.
MANGSA yang cedera di kaki diusung
keluar dari gaung.
Semua mangsa
termasuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 30 tahun diselamatkan dengan bantuan
anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gebeng sebelum dikejarkan
ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Saksi dikenali sebagai Mohammad, 31, berkata, ketika melalui jalan berkenaan,
dia melihat kesan kemalangan manakala orang ramai berlari ke arah gaung dan
mengesyaki ada kereta terjunam.
“Saya segera memberhentikan kereta lalu bergegas ke tempat kejadian dan melihat
Suzuki Swift putih berada di dasar gaung, tetapi tidak dapat melihat mangsa
kerana ada pokok, namun saya tidak berani turun disebabkan gaung berkenaan agak
dalam.
sumber dari
myMetro
3 comments:
Ya Allah.. Nauzubillah. syukurlah tak ada yang terkorban. CT pernah terlanggar monyet sebab tak sempat nak elak.. dia jatuh dari pokok tiba tiba aje memang penyek lah..
syukurlah..tulah malang tak berbau kan..mana-mana boleh berlaku..@CT Humairah
Kalau saya pun tak berani turun. Bomba berani....Terima kasih kepada Pasukan Penyelamat kita.
Catat Ulasan