RSS

Laporan RT dibidas mengenai Pesawat MH17

Kuala Lumpur: "Saya ragu-ragu dengan laporan agensi berita RT mengenai laluan pesawat MH17 yang dikatakan tidak mengikut kelaziman. Mungkin pihak yang mengeluarkan berita sedemikian ada kepentingan sendiri." Itu komen Pakar Penerbangan, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengenai laporan agensi berita Rusia, RT beberapa hari lalu, yang mendakwa pesawat malang itu tidak mengikuti laluan biasa sebelum ditembak jatuh.

Katanya sistem online seperti Flightaware.com yang dijadikan rujukan dalam laporan berkenaan hanyalah anggaran kerana bergantung sepenuhnya kepada Global Positioning System (GPS)."Malah data-data online ini boleh diubah suai pihak tertentu setelah pesawat tidak lagi merekodkan laluan penerbangan," tegasnya.

Justeru adalah tidak beretika jika agensi berita hanya menggunakan sumber yang lemah seperti itu untuk menjual teori mengatakan pelan penerbangan digunakan MH17 adalah di luar kebiasaan.
"Kita harus sedar bahawa ini adalah konflik geopolitik membabitkan Rusia, Ukraine dan pemberontak Pro-Rusia, oleh itu pasti ada usaha untuk cuba menutup kesalahan atau kelemahan masing-masing dengan menyalahkan pihak yang tidak terbabit.




"Tambahan pula, pasukan siasatan awal menghadapi pelbagai kekangan untuk menyiasat lokasi kejadian dan ini menambahkan kecurigaan kita, " kata bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia itu.

Beliau menegaskan MAS tidak harus dipersalahkan kerana menggunakan laluan udara berkenaan namun mempersoalkan tindakan kerajaan Ukraine yang tidak menutup terus ruang udara di lokasi kejadian setelah berlaku beberapa insiden serupa sebelum ini.

"Sepatutnya kerajaan Ukraine mengambil langkah proaktif dengan menutup ruang udara berkenaan memandangkan ia kawasan konflik dan pernah membabitkan insiden tembak jatuh pesawat tentera," katanya.

Dr Ahmad berharap pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan dan mendoakan keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini.

sumber dari
myMetro



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Montana berkata...

saja mai singgah blogwalking dari blog MiaLiana.Selamat Menyambut ramadhan ke 23 naa..MiaLiana rajin kumpul LINK blogger2 lain.membuatkan kita semua lebih dekat antara satu sama lain... ;-)

Tanpa Nama berkata...

CT rasa memang dah banyak tipu dah ni report dari oversea. Diorang manipulate banyak dahni. nak jaga nama baik diorang. nak cover up kesalahan diorang. biadap sungguh..

cikdelimamerah berkata...

itulah..negara kita jadi mangsa..semoga semue dipermudahkan@CT Humairah

drshikinzainal @ ekin berkata...

Pihak yang bersalah sedang cari jalan nak tutup kebenaran lah tu. Kalau tak, tentu kene bayar banyak gantirugi, kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...