Padah pinjam Along taruh judi bola.
Labels:
Berita
Kuala Lumpur: ‘Lu
(awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar
hutang! jangan mahu lari’. Itu adalah antara SMS ugutan diterima seorang
mekanik motosikal selepas gagal menjelaskan hutang ceti haram yang digunakan
untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.
Mangsa yang hanya
mahu dikenali sebagai Lan, 35, memberitahu dia kini hidup ibarat pelarian
gara-gara berhutang ceti haram (along) membabitkan jumlah RM20,000 pada 29 Jun
lalu.Menurutnya, dia
meminjam wang daripada seorang along yang menawarkannya pinjaman bagi
pertaruhan bola sepak membabitkan perlawanan pusingan kedua antara Uruguay dan
Colombia.
“Saya meletakkan
semua wang pertaruhan pada ‘bookie’ kerana yakin 100 peratus Uruguay mampu membelasah
Colombia.“Malah, kelibat
bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan
saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki
pusingan suku akhir Piala Dunia,” katanya.
Menurutnya, along
itu yang turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya di sebuah kopitiam di
Rawang di sini, kemudian memberikannya wang berkenaan dengan syarat dia
membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah pinjaman sekitar 10 peratus.
“Dia hanya mahukan
salinan Mykad saya selain lokasi bengkel saya bekerja. Saya tidak fikirkan
risiko ketika itu kerana yakin pertaruhan itu berbaloi dan saya akan mendapat
pulangan berganda.“Sebelum ini saya
pernah bertaruh dan menang,” katanya.
Dia yang bertaruh
dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank ‘bookie’ bagaimanapun hampir pitam
apabila pasukan Uruguay tewas kepada Colombia.
“Ketika itu barulah
saya tahu sukar untuk membayar RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan berikutan
gaji saya hanya sekitar RM2,000 sebulan,” katanya.
“Saya cuba hubungi
Along dan minta supaya jumlah bayaran hutang itu dikurangkan. Namun permintaan
saya itu ditolak kerana Along mendakwa saya sudah bersetuju dengan syarat
sebelum ini.
LAN menunjukkan
mesej ugutan bunuh yang dihantar along.
“Malah Along minta
saya dapatkan bantuan dari ahli keluarga dan dan jual kereta jika tidak mampu
bayar hutang itu. Malah Along berulang kali menghantar SMS dan datang ke
bengkel saya meminta hutang berkenaan,” katanya.
Akibat tak dapat
membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil ‘cuti’ dan lari bersenbunyi di
rumah adiknya di Ampang.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
adoi... berani betul.. padah berjudi...
Catat Ulasan