Akhbar Phnom Penh Post semalam melaporkan, kanak-kanak itu memberitahu polis dia pernah meminum air kencing sendiri kerana terlalu dahaga. Polis berkata suspek meminjamkan wang kepada ibu kandung mangsa dan mengambil kanak-kanak itu sebagai cagaran.Dia bagaimanapun mendapati mustahil untuk menjaga kanak-kanak itu pada siang hari kerana terpaksa bekerja.
Suspek memberi alasan mangsa sering membahayakan diri bermain di luar rumah dan khuatir mangsa lari meninggalkan rumah atau sesat,” kata Srey Touch ketua unit hak asasi dan bahagian perlindungan kanak-kanak polis tempatan.
Suspek ialah petani yang bekerja di sebuah ladang kira-kira setengah kilometer dari pondok berkenaan dan merantai mangsa setiap kali keluar rumah dari jam 7 pagi hingga 11 pagi dan dari 1 petang hingga 5 petang.Nasib malang budak itu terbongkar umum apabila seorang penduduk, Keo Chhon, 60, melaporkan keadaan budak itu kepada akhbar.
“Saya bersimpati dengannya, Ia sungguh kejam.“Saya rasa semua kanak-kanak berhak untuk dijaga dengan penuh kasih-sayang bukan dirantai seperti anjing. Saya tertanya-tanya mengapa orang lain tidak melaporkan kejadian ini,” kata Chhon. - Agensi
6 comments:
macam-macam hal sekarang ni. lepas satu kes, satu kes...
sedihnya melihat...sampai betul hati yer...huhu
tudia rantai
kesian budak ni...@Suziana Ahmad
Sampai hati buat kanak2 tu macam tu...
mesiannya dia..bru dua tahun kot
Catat Ulasan