RSS

Terkini MH17-Capai tiga persetujuan

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tiga persetujuan dicapai dalam rundingan hari ini dengan ketua yang bertaggungjawab di lokasi nahas, Alexander Borodai.Beliau berkata, sebanyak 282 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ketika ini di Torez akan dibawa ke Kharkiv menggunakan kereta api sebelum diserahkan kepada wakil dari Belanda. 

Menurutnya, enam anggota pasukan Malaysia akan mengiringi kereta api berkenaan sebelum diterbangkan ke Amsterdam menggunakan pesawat C130 Hercules Belanda.

"Mayat mangsa warga negara Malaysia pula akan diterbangkan ke tanah air selepas itu apabila selesai siasatan forensik dilakukan," katanya pada sidang media khas di Seri Perdana di sini, awal pagi ini.
Najib berkata, selain itu, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk yang akan bertanggungjawab ke atas bahan bukti itu.

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkembangan terbaru mengenai nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada sidang media di Seri Perdana. FOTO Fariz Iswadi Ismail.


Katanya, pasukan penyiasat antarabangsa dibenarkan memasuki lokasi nahas dengan jaminan keselamatan bagi memulakan siasatan sepenuhnya tragedi berkenaan.

"Saya tekankan di sini, walaupun kita sudah mencapai persetujuan namun banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk melengkapkan operasi."Saya menyeru semua pihak meneruskan kerjasama bagi memastikan perjanjian ini dihormati dan Borodai setakat ini memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.

Najib berkata, dengan bermulanya siasatan ini, semua pihak akan dapat mengetahui punca pesawat itu terhempas dan siapa yang bertanggungjawab."Dengan itu, mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Kupukupu berkata...

Harap keadilan untuk #MH17 ditegakkan. And mayat2 penumpang Malaysia dapat dibawa pulang ke MAlaysia dengan selamat :)

FaraFirhana berkata...

Semoga dipermudahkan semuanya..Aamiin

Tanpa Nama berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan.. lindungi Malaysia..

drshikinzainal @ ekin berkata...

Sungguh mencabar.
Kerja nak cari mangsa di lokasi yang tidak selamat & untuk kenalpasti mayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...