Menurutnya, 75 peserta rombongan berusia lima hingga 18 tahun terdiri daripada anak yatim dan anak keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama, Gombak di Selangor.Katanya, rombongan diaturkan pengurusan Surau Silaturrahim di kampung itu selepas menerima jemputan lelaki mengaku urusetia majlis meraikan anak yatim dan kurang berkemampuan di hotel berkenaan.
“Lelaki bergelar Faiz menghubungi saya Isnin lalu (21 Julai) meminta kerjasama mengumpul 75 anak dari keluarga miskin dan anak yatim untuk dibawa ke Johor Bahru di mana majlis itu dikatakan bakal diadakan pada 23 Julai (kelmarin).“Saya dan sukarelawan surau bersyukur lelaki itu menyatakan niat murni pengurusan hotel menaja kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan,” katanya.
Amirah berkata, dia yakin terhadap lelaki itu kerana menyatakan pernah bertemu lima tahun lalu ketika dia bekerja di sekolah pondok di Gombak.“Saya juga tidak mencurigainya kerana memanggil saya menggunakan nama timangan iaitu Makmi.
“Kali terakhir kami menghubungi Faiz ketika dalam perjalanan iaitu jam 11 pagi kelmarin dan kami pelik kerana selepas dua jam, dia mematikan telefon.“Sebaik tiba di lobi hotel pada 2.30 petang, saya dimaklumkan tiada tempahan bilik hotel atau penganjuran majlis.
“Kami buntu kerana tidak memiliki sumber kewangan menguruskan penginapan dan makanan peserta hingga terpaksa memaklumkan kejadian kepada pihak hotel dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya yang bertolak pulang ke Gombak jam 12 tengah hari, semalam.
Sementara itu, seorang peserta rombongan, Muhammad Hishamuddin, 17, berkata, dia dan rakannya tidak menyangka diperdaya pihak tertentu.
“Ini kali pertama saya menjejak kaki ke hotel. Saya berterima kasih kerana pengurusan hotel bersimpati dengan nasib kami dan menawarkan penginapan sehari, makanan serta kemudahan bas untuk pulang,” katanya.
Seorang lagi peserta rombongan, Anis Atika, 8, berkata, dia dan rakan memang berminat menyertai majlis berkenaan selepas menerima kebenaran ibu bapanya.
“Malam tadi (kelmarin) saya dan rakan berbuka di hotel dan ia kali pertama kami mendapat peluang begini,” katanya.
2 comments:
jangan sesekali menzalimi anak yatim...Allah Maha Adil.
memg tak berhati perut mnsia bernama Faiz tuh...agknye die xtkut dgn blsan Allah
Catat Ulasan