Israel Semakin kejam
Labels:
Berita Gaza
Gaza (Palestin):
Seramai 13 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza, awal
pagi ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 118 orang.
Menurut jurucakap
kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, rejim Zionis turut menyerang
persatuan kebajikan orang kurang upaya menyebabkan dua terbunuh di Beit Lahiya,
utara Gaza, manakala serangan kedua di barat Gaza mengorbankan tiga mangsa.Lapan lagi mangsa
yang terkorban adalah susulan serangan udara rejim Zionis Israel.
Menurut kenyataan
rasmi yang dikeluarkan wakil kerajaan Palestin, masjid-masjid dan kediaman
pimpinan Hamas menjadi sasaran utama serangan Israel di sekitar Gaza, sejak
awal pagi ini.Israel memulakan
Operasi Perlindungan Sempadan Selasa lalu, dalam usaha untuk menghentikan
serangan roket rentas sempadan kononnya didalangi kumpulan militant Palestin.
Kumpulan militan itu
didakwa melepaskan sekurang-kurangnya 520 mortar ke arah Israel, manakala
serangan 140 roket berjaya dipintas oleh Iron Dome, sebuah sistem pertahanan
peluru berpandu milik Israel, dalam kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel.Setakat ini tiada
kematian warga Israel dilaporkan.
ANTARA serangan udara Israel yang memusnahkan sebahagian bandar Gaza. FOTO AFP
ORANG ramai mengusung jenazah Sahir Abu Namus, 4, antara mangsa kekejaman Zionis. FOTO AFP
Serangan sepanjang
lima hari berturut-turut itu merupakan yang terburuk sejak November 2012,
dengan peningkatan jumlah roket yang dilancarkan ke atas Jerusalem dan Tel Aviv
dan juga jauh ke utara seperti Haifa.
Israel juga telah
memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya, Khamis lalu bagi melancarkan
serangan darat. - AFP
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
Kejam giler Israhell ni....Ya Allah lindungilah umat Islam di Palestin dan turunkan la bala yang dahsyat ke atas puak Yahudi laknat...amin...
israel memang kejam,
Catat Ulasan