Abdul Rahman yang memandu kereta Proton Wira berkata, mangsa tercampak lebih tiga meter selepas pertembungan itu manakala motosikal ditunggangnya remuk di bahagian hadapan.
Kemalangan Betis hancur digilis kereta
Labels:
Berita
Parit Buntar: Seorang lelaki hancur betis kaki kanan apabila digilis
sebuah kereta dalam kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini,
semalam.Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, mangsa berusia 20-an menunggang motosikal
sebelum dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta
menyebabkannya tercampak lebih tiga meter sebelum digilis kenderaan berkenaan.
MANGSA kesakitan menunggu bantuan
perubatan sampai untuk membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar,
semalam.
Pemandu kereta
terbabit, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain
terserempak dengan mangsa dan cuba mengelak, namun gagal.
Abdul Rahman yang memandu kereta Proton Wira berkata, mangsa tercampak lebih tiga meter selepas pertembungan itu manakala motosikal ditunggangnya remuk di bahagian hadapan.
Abdul Rahman yang memandu kereta Proton Wira berkata, mangsa tercampak lebih tiga meter selepas pertembungan itu manakala motosikal ditunggangnya remuk di bahagian hadapan.
Menurutnya, kemalangan
turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya rosak manakala rim tayar hadapan
kanan hancur dilanggar motosikal mangsa.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
ngerinya
Catat Ulasan