RSS

Motor Kena Curi- Dugaan Di Bulan Puasa

Assalammualaikum 

Hari ini baru berpeluang untuk mencoretkan rasa sedih, kecewa, sakit hati, marah. Mana tak nya motor En suami kena curi. Dah lah itulah satunya transport dia pergi kerja. Ia berlaku pada hari Isnin 30/6/2014. Pagi tu lepas bersahur, saya siap-siap untuk pergi kerja. Dalam pukul 6 pagi saya turun untuk pergi kerja memandangkan saya ni kerja di Putrajaya dan rumah di Rawang. Kenalah gerak awal. Biasanya kalau saya turun pasti saya akan jenguk motor suami saya sebab rumah saya rumah flet dan terpaksa parking di lorong tengah. Tapi pagi tuh, saya tengok dari jauh macam tak de je. Saya tengok ruang diantara motor dah kosong. Hah sudah, dalam hati kata mesti dah kena curi. Pe lagi cepat-cepat lah col suami bagi tahu motor dah tak de. Ini kali kedua motor kena curi. Sebelum ni motor ex5 suami pernah kena curi gak. Tempat yang sama lak tuh. 

So maknanya, kenalah ambik EL untuk bawa suami settle kan report and segala bagai. Dalam pukul 6.30 pg pergi balai polis buat report. Kena wat laporan cepat. Dibuatnya orang yang mencuri motor tu pergi merompak ke, meragut ke tak ke naya. Pergi-pergi geran plak tak de. Polis cuma rekod je, lepas tu pergi kedai motor untuk mintak salinan geran. Tunggu punya tunggu kedai motor buka pukul 11 pagi. 3 jam juga lah menunggu sementara tunggu kedai buka. 

Dah dapat salinan terus pergi balai polis semula untuk dapatkan report penuh..Dah settel balik rumah kejap, rehat-rehat. Dalam pukul 4 kena gerak balik kampung mak mertua di Tg Malim untuk pinjam kereta maknya sementara nak beli motor lain. Lagi satu dugaan, kereta saya pulak tak boleh nak hidup. Ya Allah masa tuh pikir banyak betul dugaan hari ini. Rupanya bateri kereta dah  kong. Terpaksalah en suami tolak nak bagi hidup dan terus pergi kedai spare part ganti bateri.

Tapi rasa bersyukur jugaklah, nasib baik bateri tu kong waktu tuh dan kedai spare part masih buka. Di buatnya time saya nak pergi kerja pagi-pagi tuh. Alamatnya EL lagi lah saya hari tuh. 

Begitulah dugaan cabaran saya di Bulan Puasa. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...