Seremban: Perasaan hiba dan gembira jelas kelihatan di wajah jururawat
wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) yang mengiringi remaja kurang
upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk dibawa keluar, semalam.
Sebaik remaja
terbabit menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di lobi utama
hospital, rata-rata jururawat memeluk dan mencium serta merakam gambar terakhir
bersamanya.
Perasaan kasih
terpancar kerana merekalah yang menguruskan Muhammad Firdaus apabila dia
dimasukkan ke wad sejak 21 Jun lalu dalam keadaan tidak terurus dengan berat
badan hanya 14 kilogram (kg), namun kini mencapai 22 kg.
MUHAMMAD Firdaus dibawa pegawai JKM
ke mahkamah untuk mendapat perintah jagaan sementara.
Ketua Jabatan Dietetik HJT Dr Basmawati Baharom berkata, Firdaus kini lebih
sihat dan suka makan.“Muhammad Firdaus
suka makan apa saja tetapi dia tidak suka mengunyah, jadi kami memberinya
makanan lembut dan sayur-sayuran.
“Walaupun Muhammad Firdaus tidak boleh bercakap, dia mempunyai cara sendiri
untuk memberitahu kami sekiranya dia lapar dengan menyebut ‘meme’ berulang kali
sehingga dia diberi makan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
sumber dari
myMetro
1 comments:
bukat bdn adik firdaus
Catat Ulasan