Bukit Mertajam: "Saya rasa ibu dan bapa mangsa belum tahu mengenai
kejadian menimpa anak mereka," demikian kata J Anthony Dass jiran kepada
pramugara Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Timur Ukraine.
Anthony berkata, ibu bapa mangsa berusia 70-an itu juga dipercayai belum
menerima berita mengenai kemalangan menimpa Sanjit atau mesra dengan panggilan
Bobby. Katanya, kali terakhir dia melihat Sanjid Singh ialah sebulan lalu ketika
mangsa pulang untuk melawat ibu bapanya.
"Boobby adalah seorang yang baik dia mempunyai seorang kakal tinggal di
Jerman dan kerap pulang melawat ibu bapanya terutama pada cuti umum.
"Difahamkan
Sanjit mempunyai seorang anak lelaki dan menetap di Kuala Lumpur bersama
isterinya," katanya.
JIRAN kepada pramugara Penerbangan Malaysia MH17 terhempas. FOTO Danial Saad
Sementara itu tinjauan di rumah keluarga Sanjid di Taman Selamat Alma, di sini,
mendapati kediaman itu masih gelap.
Ibu bapa mangsa dipercayai masih tidur dan biasanya keluar rumah jam 7 pagi.
sumber dari
myMetro
0 comments:
Catat Ulasan