Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia
Labels:
Berita
KUALA
LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan
Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.Allahyarham
yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat
jangkitan pada paru-paru.Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di
Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.
Biduanita
itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.Kak Pah dimasukkan ke
hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.Sharifah
Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas
yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.
Namun
sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh
neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed
Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.Datuknya
seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah
sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka
serta kuih.
Titik
tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS
1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi
artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.Hasilnya,
nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling
lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.Kak Pah menerima
gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
sumber dari
Astro Awani
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 comments:
al-fatihah
Al-Fatihah. Semoga ditempatkan bersama mereka yang dikasihi-Nya.
Inillalillah wa iina ilaihirojiun. Semoga rohnya ditempat di kalangan golongan yang solehah dan sentiasa mendapat rahmat dariNya.
Salam ramadhan al mubarak sis :)
Al-Fatihah. sy membesar dgn lagu2 arwah. kita semua sgt terasa kehilangannya.
Innnalillah, moga arwah tenang di alam sana..
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H
Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)
Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)
Al Fatihah
Catat Ulasan