Bukan ‘budak penyu’ lagi
Labels:
Sedih
London: Kehidupan
seorang kanak-kanak berubah tiga tahun lalu selepas doktor berjaya membuang
tahi lalat besar di belakang badannya.Didier Montalvo,
lapan, pernah digelar ‘budak penyu’ kerana mempunyai ketumbuhan seperti
cengkerang di belakang badannya.Dia disahkan
menghidap Congenital Melanocytic Nevus (CMN) pada 2011.
Didier diterbangkan
dari bandar asalnya di Colombia ke Britain semalam untuk bertemu dengan
kanak-kanak yang senasib dengannya.Menceritakan keadaan
anaknya dalam satu wawancara dengan stesen televisyen ITV, ibu Didier, Luz berkata,
anaknya begitu sedih kerana digelar ‘budak penyu.’
DIDIER sebelum
(kanan) dan selepas dibedah.
“Dia sering
memberitahu saya mengapa nasib dia begitu. Sukar untuk menjawab soalannya.“Keadaan itu
menghalangnya melakukan pelbagai aktiviti yang digemarinya,” kata Luz.
Tetapi mujur ada
pakar bedah plastik, Neil Bulstrode yang sanggup menjalankan pembedahan percuma
selepas mendengar nasib Didier.Dia kini boleh
menjalani hidup seperti kanak-kanak lain.
Bulstrode berlepas
ke Bogota untuk membantu sepasukan pakar bedah membuang tanda lahir Didier yang
tumbuh begitu besar sehingga membahayakan nyawanya. Doktor kemudian
menjalani beberapa sisi pembedahan secara berperingkat-peringkat.
Menurut Bulstrode,
kes Didier adalah yang paling teruk pernah ditemuinya.“Dia umpama berjalan
dengan membawa seguni kentang di belakangnya,” kata Bulstrode. - Agensi
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
Alhamdullilah dia dah sihat. Nasib baik ade doktor yang baik hati.
Alhamdulilah..dah jadi mcm kanak-kanak normal. Kesian dia tak boleh nak bergaul sebelum ni@Fadzi Razak
Bagus dokter tuh...pemurah dan baik hati...alhamdulillah still wujud orang baik2 dlm dunia ni kan... :D
Catat Ulasan