Beijing: Pakar bedah berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai paling
besar di dunia dari kaki seorang lelaki selepas ia membesar sehingga mencapai
berat 110 kilogram.Yang Jianbin, 37,
dari wilayah Shanxi dilahirkan dengan tanda lahir yang berwarna gelap pada
bahagian kanan belakang badannya. Ketika Yang berusia sembilan tahun, tanda
lahir itu dikatakan mula membesar.
Apabila dia berusia 12 tahun, tanda lahir itu menjadi sebesar “penumbuk” dan
dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.
Bagaimanapun, ia
membesar semula sehingga 110 kilogram.Ketua jurubedah Chen Mingliang berkata Yang menderita penyakit
Neurofibromatosis, masalah kecelaruan genetik yang menjejaskan pembesaran
secara normal dan perkembangan sel tisu.
“Kami biasa melihat pesakit neurofibromatosis, tetapi yang ini paling besar
pernah kami lihat,” katanya.Disebabkan
ketumbuhan itu begitu besar, Yang terpaksa menghabiskan masa di atas katil
setiap hari.
Sebelum pembedahan di lakukan, dia diberikan dua katil untuk menampung
ketumbuhan selebar 1.2 meter itu, mewakili dua pertiga dari berat badannya.
Sembilan doktor
mengambil masa 16 jam untuk membuang ketumbuhan gergasi itu.Ketika dibedah, Yang menerima 5,000 mililiter darah, melebihi kandungan darah
pada tubuh orang dewasa.
Kesihatan Yang dilaporkan semakin pulih dan dia dijangka keluar dari hospital
hujung bulan ini.Sementara itu, seorang kanak-kanak dilaporkan mempunyai ketumbuhan sebesar buah
tembikai dan dijadual menjalani pembedahan sedikit masa lagi. - Agensi
DOKTOR mengambil
masa 16 jam untuk membuang ketumbuhan pada Yang.
YANG sebelum
menjalani pembedahan.
sumber dari
myMetro
2 comments:
Allahuakbar..
Allahuakbar...
Catat Ulasan