RSS

Ibu kepada remaja Mati Berkata ‘Biar dia dihukum’

Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”

Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam. 

Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong. 

SITI Habibah sebak mengenangkan nasib anaknya, Hafiz.


Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.
“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Zam berkata...

kesian.. geram dgn ayah dia

gjclk berkata...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Knapalah ada bapa seperti ini? Anak mempunyai niat yang baik tapi dibelasah pla sehingga mati..

Tanpa Nama berkata...

Sedih bila membaca kisah seperti ini..

Mimie berkata...

ai skit ati bace berita nih...bapa jnis apakah itu??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...