Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.
Ibu kepada remaja Mati Berkata ‘Biar dia dihukum’
Labels:
Sedih
Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya.
Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas
apa yang dilakukan terhadap anak kami,”
Begitu kata Siti
Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui
suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi
semalam.
Dalam kejadian di
Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu
kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat
sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang
goreng dan air kosong.
SITI Habibah
sebak mengenangkan nasib anaknya, Hafiz.
Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 comments:
kesian.. geram dgn ayah dia
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Knapalah ada bapa seperti ini? Anak mempunyai niat yang baik tapi dibelasah pla sehingga mati..
Sedih bila membaca kisah seperti ini..
ai skit ati bace berita nih...bapa jnis apakah itu??
Catat Ulasan