RSS

Kafe pontianak. Ada berani nak pergi?

Liaoning: Serangan pontianak kini menular ke China! Kali ini membabitkan kegilaan yang dibawa sebuah kafe di bandar Benxi yang mengenengahkan tema ala pontianak yang di inspirasikan daripada siri drama ‘The Vampire Diaries’.

Pengunjung kafe ini berpeluang memuaskan ‘ketagihan darah’ mereka dengan minuman yang mempunyai warna seakan darah dan lebih ironi lagi ia disajikan dalam beg darah.Menurut laporan media, pelayan di kafe berkenaan berpakaian seperti doktor dan jururawat dalam menyajikan minuman berwarna merah seperti wain merah, kola ceri dan jus anggur hitam di dalam yang direka menyerupai beg darah.

Ia disajikan di dalam bilik dengan dinding batu-bata menyerupai bilik bawah tanah yang dihuni drakula, lengkap dengan sebuah keranda, buku dan muzik berkaitan pontianak bagi menaikkan suasana di kafe berkenaan.
Minuman seperti kopi, air mineral dan jus buah yang mempunyai warna lain akan dimasukkan pewarna merah sebelum disajikan bersama beg khas berkenaan.


Setiap beg berkenaan juga ditandakan dengan empat kumpulan darah, membolehkan pelanggan memeriksa ‘jenis darah’ mereka.Pembukaan kafe dengan tema pelik itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.-Agensi

PELAYAN kafe berpakaian seperti doktor dan jururawat ketika menghidangkan minuman kepada pelanggan.


PELANGGAN teruja menikmati ‘darah’ yang disajikan.


SETIAP minuman disajikan dalam bungkusan yang direka menyerupai beg darah.


sumber dari
myMetro



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Krungkrungx berkata...

seramnya tgk ! takot nak makan kat situ .

cikdelimamerah berkata...

hehehe..mcm minum darah je kan@krung krungx

MrJocko berkata...

skali tengok, tak lalu nak sedut,,,, eiiiiiii

Unknown berkata...

meloyakan pulak nak telan >_<

aRZ MoHa berkata...

wow nampak menarik lain dari yang lain.
Boleh berlakon ala-ala Twilight saga.
ermmm kenapa kawan-kawan baru sorang?

cikdelimamerah berkata...

betul tu arz Moha..kawan-kawan baru sorang. saya baru masukkan followr. sebelum ni hanya guna google+@aRZ MoHa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...