Kuala Lumpur: Tiga pemandu kenderaan sempat melarikan diri dari terbakar
hidup-hidup sejurus sebuah lori tiga tan merempuh Plaza Tol USJ, Lebuhraya
Kesas di sini, sebelum dijilat api.
Dalam kejadian
kira-kira jam 4 petang semalam, sebuah lori tiga tan yang membawa muatan tanah
terbakar selepas merempuh penghadang tembok konkrit di tol berkenaan.Rempuhan itu
menyebabkan lori berkenaan terbakar sebelum api merebak ke arah dua kenderaan
lain yang berada bersebelahan lorong pondok tol berkenaan.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri
manakala pemandu lori didapati menghilangkan diri dari lokasi kejadian.
Sementara itu,
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul
berkata, kebakaran berpunca apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah
terbabas dan melanggar palang dan tembok konkrit berhampiran pondok tol.
LORI tiga
tan terbakar sejuruh merempuh Plaza Tol USJ, semalam.
Katanya, kejadian itu menyebabkan kenderaan di kiri dan kanan lorong di tol itu
turut terbakar manakala seorang petugas wanita cedera di bahu dan tangan ketika
cuba menyelamatkan diri.Menurutnya, dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Puchong dan
Balai Bomba Penchala dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan api kebakaran.
“Api berjaya dipadamkan kurang dalam tempoh 10 minit Punca kebakaran masih
disiasat,” katanya.
sumber dari
myMetro
2 comments:
Nasib baik tiada kemalangan jiwa.
Pemandu semua alone kot. Kalau ada family.. Susah nak larikan diri. Sebab nampak teruk.
nampak teruk jgk ea..nasib baek tkde nyawa yang melayangg..
Catat Ulasan