Ipoh: “Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar
kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang
berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” kata
Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar
yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam
kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.
Menurutnya, dia
mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air melimpah
hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu, selepas
dimaklumkan oleh seorang rakannya.Katanya, ketika
kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan
ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam.
“Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air
di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan
di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.
“Malah, satu saluran
turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,”
katanya.
Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam
khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan
kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar
kolam itu dipercayai rangka babi.
NORAISHAH (tiga
dari kanan) bersama empat pegawainya meninjau kolam ikan patin berhampiran
kawasan Lahat selepas dipercayai menggunakan babi sebagai makanan ikan.
SEBAHAGIAN
serpihan tulang khinzir yang dijumpai di dasar kolam.
sumber dari
myMetro
4 comments:
loya tekak...
tengok ikan patin pun dh tak lalu..@Suziana Ahmad
speechless,..
uwekkkkkk
Catat Ulasan