RSS

Kemalangan Maut. Lima korban raya

Gua Musang: Hanya dalam tempoh tiga jam, daerah ini yang menjadi antara laluan utama anak Kelantan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri mengorbankan lima orang, manakala empat lagi parah dalam dua kemalangan berasingan, semalam.

Kemalangan pertama berlaku di Jalan Chiku–Aring di Aring 8, dekat sini, jam 10.30 pagi, dan menyaksikan dua sekeluarga maut apabila Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

Mangsa yang maut adalah pemandu Perodua Alza yang juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Terengganu, Terengganu, Mohd Kosim Rashid, 39, dan adik iparnya Azliana Ab Kadir, 30, guru yang mengajar di Sarawak dan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat tiga mangsa dari kereta.


Isteri Mohd Kosim yang hamil tujuh bulan, Arini Ab Kadir, 37 bersama anak mereka Mohd Aniq Izat Mohd Kosim, 10, Umairi, 9, dan Alisha Balkiq, 6, parah dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.

Kemalangan kedua berlaku di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai jam 1.30 petang membabitkan Proton Wira yang bertembung dengan bas persiaran mengorbankan tiga sahabat.
Tiga sahabat, Suhariza Hassan, 35, Zulkifli Talib, 46, dan Mohd Zuki Ariffin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya Ku Ucapkan..

Assalammualaikum

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lebaran. Andai ada salah dan silap, komen-komen yang mengguris hati kawan-kawan, saya ingin memohon maaf. Walaupun hanya di alam maya tapi tali persahabatan tu mesti sentiasa dijaga. Yang pulang ke kampung tuh berhati-hatilah di jalan raya. Al-maklumlah raya ni ramai yang pulang ke kampung. Rancang perjalanan anda.
Semoga anda bergembira di hari raya...ni buat ucapan awal-awal sebab kot-kot tak sempat nak berblog nanti. Al- maklumlah sibuk untuk persiapan raya nanti..
Jom kita sama-sama nyanyi Lagu Balik kampung..

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata


Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira


Balik kampung oh oh...( 3X )

Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aniaya anak yatim

Johor Bahru: “Sejak dapat tahu dan sepanjang perjalanan, mereka sangat gembira dan beriya-iya mahu berbuka puasa dan tinggal di hotel. Apabila tiba di sini dan berasakan diperdaya, ada antara mereka menangis kerana kecewa.

“Saya tidak tahu apa salah anak yatim dan anak dari keluarga kurang berkemampuan hingga ada pihak tertentu sanggup menganiaya mereka Ramadan ini,” kata Amirah Ariffin, 47, semalam.Amirah antara lapan pengiring peserta rombongan yang menempuhi perjalanan sejauh 354 kilometer bagi menyertai majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa di Hotel Berjaya Waterfront di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, kelmarin.

Menurutnya, 75 peserta rombongan berusia lima hingga 18 tahun terdiri daripada anak yatim dan anak keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama, Gombak di Selangor.
Katanya, rombongan diaturkan pengurusan Surau Silaturrahim di kampung itu selepas menerima jemputan lelaki mengaku urusetia majlis meraikan anak yatim dan kurang berkemampuan di hotel berkenaan.


“Lelaki bergelar Faiz menghubungi saya Isnin lalu (21 Julai) meminta kerjasama mengumpul 75 anak dari keluarga miskin dan anak yatim untuk dibawa ke Johor Bahru di mana majlis itu dikatakan bakal diadakan pada 23 Julai (kelmarin).“Saya dan sukarelawan surau bersyukur lelaki itu menyatakan niat murni pengurusan hotel menaja kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan,” katanya.

Amirah berkata, dia yakin terhadap lelaki itu kerana menyatakan pernah bertemu lima tahun lalu ketika dia bekerja di sekolah pondok di Gombak.“Saya juga tidak mencurigainya kerana memanggil saya menggunakan nama timangan iaitu Makmi.

“Kali terakhir kami menghubungi Faiz ketika dalam perjalanan iaitu jam 11 pagi kelmarin dan kami pelik kerana selepas dua jam, dia mematikan telefon.“Sebaik tiba di lobi hotel pada 2.30 petang, saya dimaklumkan tiada tempahan bilik hotel atau penganjuran majlis.

PEGAWAI Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru Manayi Ibrahim menemui peserta rombongan di Hotel Berjaya Waterfront.


“Kami buntu kerana tidak memiliki sumber kewangan menguruskan penginapan dan makanan peserta hingga terpaksa memaklumkan kejadian kepada pihak hotel dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya yang bertolak pulang ke Gombak jam 12 tengah hari, semalam.

Sementara itu, seorang peserta rombongan, Muhammad Hishamuddin, 17, berkata, dia dan rakannya tidak menyangka diperdaya pihak tertentu.

“Ini kali pertama saya menjejak kaki ke hotel. Saya berterima kasih kerana pengurusan hotel bersimpati dengan nasib kami dan menawarkan penginapan sehari, makanan serta kemudahan bas untuk pulang,” katanya.

Seorang lagi peserta rombongan, Anis Atika, 8, berkata, dia dan rakan memang berminat menyertai majlis berkenaan selepas menerima kebenaran ibu bapanya.

“Malam tadi (kelmarin) saya dan rakan berbuka di hotel dan ia kali pertama kami mendapat peluang begini,” katanya.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Badan seorang kanak-kanak ditumbuhi bulu seperti kucing...

Beijing: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini digelar budak kucing selepas badannya dipenuhi bulu lembut hitam.Namun, itu bukan satu-satunya masalah Zhao Xinrui.

Sejak menunjukkan tanda-tanda mengalami keadaan kulit pelik itu tahun lalu, dia ditinggalkan ibunya.
Keadaan tidak dapat dijelaskan pakar perubatan itu bermula dengan tompokan kecil rambut halus berwarna gelap pada belakang badannya.

Lama kelamaan tompokan itu memenuhi hampir seluruh belakang serta punggungnya dan kini menunjukkan tanda naik ke muka, lengan dan bahunya.

Menurut keluarga Zhao, masalah kulit itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di perkampungan mereka di Changshan berhampiran bandar Luzhou di wilayah Sichuan.
Bagaimanapun, guru Zhao membantu memastikan dia tetap diterima rakan sekolahnya apabila mereka memberitahu tompokan itu cuma tahi lalat.

Sementara itu Zhao pula sentiasa memastikan badannya ditutup untuk mengelak diejek.
Neneknya Henghui berkata, mereka pada mulanya dimaklumkan doktor bahawa tompokan itu tanda lahir.

BADAN Xinrui dipenuhi bulu hitam dan lembut seperti kucing.

“Mereka tetap menegaskan ia tanda lahir walaupun selepas mula merebak. Kini hampir separuh badannya dipenuhi ‘tanda lahir’ itu,” katanya.

Ayah Zhao, Lai, 45, berkata, mereka merayu sesiapa saja yang mampu memberi bantuan perubatan untuk mengawal pertumbuhan tompokan itu.
“Kasihan anak saya. Luluh hati kami melihat penderitaannya. Kami dimaklumkan dia tidak boleh dibedah sehingga berusia lima tahun.

“Kini dia sudah cukup besar, namun kami pula tiada wang walaupun kami menabung sejak tahun lalu,” katanya. Menurutnya, walaupun ditinggal isteri, dia berazam untuk membesarkan anaknya itu dengan bantuan ibu bapanya.

sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Remaja Oku Muhammad Firdaus Keluar Hospital

Seremban: Perasaan hiba dan gembira jelas kelihatan di wajah jururawat wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) yang mengiringi remaja kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk dibawa keluar, semalam.

Sebaik remaja terbabit menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di lobi utama hospital, rata-rata jururawat memeluk dan mencium serta merakam gambar terakhir bersamanya.

Perasaan kasih terpancar kerana merekalah yang menguruskan Muhammad Firdaus apabila dia dimasukkan ke wad sejak 21 Jun lalu dalam keadaan tidak terurus dengan berat badan hanya 14 kilogram (kg), namun kini mencapai 22 kg.

MUHAMMAD Firdaus dibawa pegawai JKM ke mahkamah untuk mendapat perintah jagaan sementara.


Ketua Jabatan Dietetik HJT Dr Basmawati Baharom berkata, Firdaus kini lebih sihat dan suka makan.
“Muhammad Firdaus suka makan apa saja tetapi dia tidak suka mengunyah, jadi kami memberinya makanan lembut dan sayur-sayuran.


“Walaupun Muhammad Firdaus tidak boleh bercakap, dia mempunyai cara sendiri untuk memberitahu kami sekiranya dia lapar dengan menyebut ‘meme’ berulang kali sehingga dia diberi makan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerinduan Semakin Terasa




Ramadhan hampir di penghujung
Syawal makin tiba
Kerinduan kini kian terasa
Kepada siapa ya?
Tentulah kepada seorang lelaki
Yang ku panggil Abah.

Kini sudah 3 Syawal beraya tanpa insan tersayang
Perginya tidak dilupakan
Kenangan sentiasa tersemat simpan
Betapa rindunya aku pada kenangan itu

Sebak di dada bila merinduinya
Masih terasa kata-kata nasihatnya
Walaupun tak garang
Walaupun jarang marah
Walaupun jarang sekali mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak
Tapi keprihatinan nya,
Tegurannya,
Aku tahu dia menyayangi anak-anaknya.

Bersemadilah Abah dengan tenang di sana
Anakmu sentiasa mendoakanmu

Al-Fatihah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembu ‘sumpit’ dalam kereta

Pasir Puteh: Tiga sahabat termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam sindiket mencuri lembu dengan menggunakan sumpit sebagai senjata pelali diberkas dalam serbuan di Kampung Lot 23, Cherang Ruku, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 5.30 pagi itu, dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun berasal dari Jengka, Pahang ditangkap bersama remaja bawah umur itu ketika baru tiba di pekarangan rumah berkenaan selepas selesai mencuri empat lembu di Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, intipan dilakukan selama setengah jam di rumah berkenaan sebelum Proton Iswara dipandu suspek berusia 29 tahun bersama remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tiba di rumah berkenaan.

DUA lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar.

Katanya, sebaik seorang pegawai memperkenalkan diri, suspek cuba melarikan diri dengan terus masuk ke rumah sebelum bersembunyi di sebalik almari, namun dapat diberkas.


“Hasil pemeriksaan lanjut, dua lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar akibat disumpit ubat pelali terperosok di tempat duduk belakang.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam mana nak ringankan blog? Tolong siapa boleh membantu..


Ini yang melemahkan jiwa dan ragaku untuk berblog. Loading page lambat sangat. Asyik duk berpusing-pusing je macam roda je nak loading. kawan-kawan nak masuk blog aku pun mesti rasa tak nak masuk. Aku sendiri pun malas nak bukak..Yelahkan lambat sgt. Sesiapa yang tau boleh tak tolong saya. Dah puas saya google macam mana nak buat. tapi tak berhasil..Yang kat atas ni saya try tengok brape lama masa nak loading page saya. agak lama jugak lah 6.34 s tuh..ish..ish..kesian kan saya..Tolong yea kawan-kawan bagi pandangan atau tips2...Terima kasih banyak-banyak andai dapat membantu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemandu lesap lepas rempuh tol

Kuala Lumpur: Tiga pemandu kenderaan sempat melarikan diri dari terbakar hidup-hidup sejurus sebuah lori tiga tan merempuh Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas di sini, sebelum dijilat api.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, sebuah lori tiga tan yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh penghadang tembok konkrit di tol berkenaan.Rempuhan itu menyebabkan lori berkenaan terbakar sebelum api merebak ke arah dua kenderaan lain yang berada bersebelahan lorong pondok tol berkenaan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri manakala pemandu lori didapati menghilangkan diri dari lokasi kejadian.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, kebakaran berpunca apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas dan melanggar palang dan tembok konkrit berhampiran pondok tol.

LORI tiga tan terbakar sejuruh merempuh Plaza Tol USJ, semalam.



Katanya, kejadian itu menyebabkan kenderaan di kiri dan kanan lorong di tol itu turut terbakar manakala seorang petugas wanita cedera di bahu dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.Menurutnya, dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Puchong dan Balai Bomba Penchala dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan api kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan kurang dalam tempoh 10 minit Punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rezeki-Iklan Nuffnang melekat lagi


Riang nya sungguh di Hari Raya
Ramainya Orang bersuka Ria
Riangnya sungguh di hati ini
Dapat iklan CPUV lagi..

amboi siap menyanyi lagi saya ni kan..hehehe..

Alhamdulillah..hari ni melekat lagi CPUV nuffnang..rezeki,rezeki..Susah sangat nak dapat CPUV. mungkin kena tingkatkan traffic blog.. Harap-harap Nuffnang bermurah hati memberi iklan di blogku lagi..hehehe..


Ok Selamat Hari Raya.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segmen Topup Raya by Dunia Zumal


Klik banner untuk join

Tarikh tutup raya kedua
Tarikh umum pemenang Raya kelima

Tak pandai sangat nak berpuisi ni..Tapi disebabkan syarat-syarat nya akanku gagahikan jua akal dan kotak pikiran ku untuk mengarang..chewah..

Angin damai menghembus di luar jendela
Dingin terasa di keheningan pagi
1 syawal kian terasa
Akan disambut seisi keluarga

Pagi Syawal terasa bahagia
Berkumpulnya sanak dan saudara
Yang jauh dan dekat semua bersama
Tiada marah dan tiada sengketa.

Yang tiada sentiasa dikenang
Doa dan Al-Fatihah di hadiahkan bersama
Akhir kata Selamat Hari Raya
Maaflah andai ada salah dan silap.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kemalangan gara-gara tupai melintas

Kuantan: Gara-gara mengelak seekor tupai yang tiba-tiba melintas jalan, lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar belakang lori sebelum terjunam dalam gaung sedalam tujuh meter di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan dekat Sungai Karang di sini, kelmarin.

Kejadian jam 1.30 petang itu berlaku ketika kereta Suzuki Swift dinaiki keluarga terbabit dalam perjalanan dari Marang, Terengganu ke Kuantan menyebabkan seorang daripada mereka cedera di kaki manakala yang lain cedera ringan.


MANGSA yang cedera di kaki diusung keluar dari gaung.


Semua mangsa termasuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 30 tahun diselamatkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gebeng sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Saksi dikenali sebagai Mohammad, 31, berkata, ketika melalui jalan berkenaan, dia melihat kesan kemalangan manakala orang ramai berlari ke arah gaung dan mengesyaki ada kereta terjunam.

“Saya segera memberhentikan kereta lalu bergegas ke tempat kejadian dan melihat Suzuki Swift putih berada di dasar gaung, tetapi tidak dapat melihat mangsa kerana ada pokok, namun saya tidak berani turun disebabkan gaung berkenaan agak dalam.

sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

56 tahun tanggung derita...

Guizhou: Seorang lelaki yang mengalami kecacatan teruk pada mulutnya selepas diserang seekor serigala ketika kanak-kanak, akan menjalani pembedahan pemulihan 56 tahun selepas kejadian itu.

Wu Xiuyou, 65, dari Kampung Datang di wilayah Guizhou, barat daya China, diserang seekor serigala ketika dia berusia 11 tahun. Haiwan berkenaan mengoyakkan mulutnya menyebabkan Wu mengalami kecacatan teruk dan hanya boleh makan makanan cecair. 

Kerana wajahnya yang buruk akibat kejadian itu, dia tidak pernah ke sekolah, tidak berkahwin dan tidak diterima bekerja.
Dia hidup bersendirian saja.




Pakar bedah, Doktor Chen Fei yang akan melakukan pembedahan itu berkata: “Wu hilang semua mulutnya. Rahangnya rosak teruk. “Ia akan menjadi pembedahan paling mencabar sepanjang karier saya selama 15 tahun.”

Menurut Chen, pihak hospital turut menghubungi pakar di Beijing, Chengdu dan Leshan untuk mendapatkan nasihat. Pembedahan akan membabitkan kira-kira 20 doktor dari 10 jabatan.

“Kami akan membaiki bibir atas dan bawah serta otot mukanya yang rosak teruk. Ia akan membabitkan pengambilan otot paha dan memindahkan pada mukanya. Ia membabitkan terlalu banyak jahitan deria dan salur darah,” kata Chen.

Di samping itu, Wu akan menjalani pembedahan kedua untuk menyusun semula giginya enam bulan selepas pembedahan pertama. - AFP

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terkini MH17-Capai tiga persetujuan

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tiga persetujuan dicapai dalam rundingan hari ini dengan ketua yang bertaggungjawab di lokasi nahas, Alexander Borodai.Beliau berkata, sebanyak 282 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ketika ini di Torez akan dibawa ke Kharkiv menggunakan kereta api sebelum diserahkan kepada wakil dari Belanda. 

Menurutnya, enam anggota pasukan Malaysia akan mengiringi kereta api berkenaan sebelum diterbangkan ke Amsterdam menggunakan pesawat C130 Hercules Belanda.

"Mayat mangsa warga negara Malaysia pula akan diterbangkan ke tanah air selepas itu apabila selesai siasatan forensik dilakukan," katanya pada sidang media khas di Seri Perdana di sini, awal pagi ini.
Najib berkata, selain itu, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk yang akan bertanggungjawab ke atas bahan bukti itu.

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkembangan terbaru mengenai nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada sidang media di Seri Perdana. FOTO Fariz Iswadi Ismail.


Katanya, pasukan penyiasat antarabangsa dibenarkan memasuki lokasi nahas dengan jaminan keselamatan bagi memulakan siasatan sepenuhnya tragedi berkenaan.

"Saya tekankan di sini, walaupun kita sudah mencapai persetujuan namun banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk melengkapkan operasi."Saya menyeru semua pihak meneruskan kerjasama bagi memastikan perjanjian ini dihormati dan Borodai setakat ini memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.

Najib berkata, dengan bermulanya siasatan ini, semua pihak akan dapat mengetahui punca pesawat itu terhempas dan siapa yang bertanggungjawab."Dengan itu, mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laporan RT dibidas mengenai Pesawat MH17

Kuala Lumpur: "Saya ragu-ragu dengan laporan agensi berita RT mengenai laluan pesawat MH17 yang dikatakan tidak mengikut kelaziman. Mungkin pihak yang mengeluarkan berita sedemikian ada kepentingan sendiri." Itu komen Pakar Penerbangan, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengenai laporan agensi berita Rusia, RT beberapa hari lalu, yang mendakwa pesawat malang itu tidak mengikuti laluan biasa sebelum ditembak jatuh.

Katanya sistem online seperti Flightaware.com yang dijadikan rujukan dalam laporan berkenaan hanyalah anggaran kerana bergantung sepenuhnya kepada Global Positioning System (GPS)."Malah data-data online ini boleh diubah suai pihak tertentu setelah pesawat tidak lagi merekodkan laluan penerbangan," tegasnya.

Justeru adalah tidak beretika jika agensi berita hanya menggunakan sumber yang lemah seperti itu untuk menjual teori mengatakan pelan penerbangan digunakan MH17 adalah di luar kebiasaan.
"Kita harus sedar bahawa ini adalah konflik geopolitik membabitkan Rusia, Ukraine dan pemberontak Pro-Rusia, oleh itu pasti ada usaha untuk cuba menutup kesalahan atau kelemahan masing-masing dengan menyalahkan pihak yang tidak terbabit.




"Tambahan pula, pasukan siasatan awal menghadapi pelbagai kekangan untuk menyiasat lokasi kejadian dan ini menambahkan kecurigaan kita, " kata bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia itu.

Beliau menegaskan MAS tidak harus dipersalahkan kerana menggunakan laluan udara berkenaan namun mempersoalkan tindakan kerajaan Ukraine yang tidak menutup terus ruang udara di lokasi kejadian setelah berlaku beberapa insiden serupa sebelum ini.

"Sepatutnya kerajaan Ukraine mengambil langkah proaktif dengan menutup ruang udara berkenaan memandangkan ia kawasan konflik dan pernah membabitkan insiden tembak jatuh pesawat tentera," katanya.

Dr Ahmad berharap pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan dan mendoakan keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini.

sumber dari
myMetro



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar-gambar Pesawat MH17 yang Terhempas

Sekali lagi Malaysia gempar dengan tragedi  yang besar ini..Masalah MH370 belum lagi selasai kini digemparkan lagi dengan MH17. Sedih, tergamam dan sayu dengan apa yang berlaku.. Kepada keluarga mangsa semoga tabah dengan apa yang berlaku. KepadaNya kita datang, KepadaNya lah kita kembali.


Kepada mangsa yang beragama Islam marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.












Gambar diambil dari blog kawan-kawan Omak kau. Hanif idrus



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nahas MH17: Gurauan penumpang pesawat akan 'hilang' jadi kenyataan

THE HAGUE: Gurauan seorang pemuda Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat Malaysian Airlines bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.

Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku." 
Pan, yang bakal menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk senagaja bergurau bahawa satu lagi pesawat akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu. 

Beberapa jam kemudian, pesawat berkenaan juga hilang daripada radar dan mengorbankan 297 penumpang selepas berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur. 



Meskipun tiada pengesahan bahawa Cor, yang berasal dari Volendam, 15 kilometer di utara Amsterdam, berada di dalam pesawat, namun gambarnya itu diambil dari pintu masuk penumpang dengan pesawat sedang menunggu di ruang parkir.

Gambarnya itu disertakan dengan keterangan 'di Lapangan terbang Schipol'.

Komen yang diberikan rakannya dalam Facebook, mengesahkan dia berada di dalam pesawat. Gambar Cor sehingga tengah malam tadi sudah dikongsi lebih 10,000 kali di dalam media sosial itu.
Sebelum itu, Cor memuat naik beberapa gambar pantai tropikal yang cantik di dalam laman Facebooknya dan berkata: Hanya menunggu beberapa hari lagi..." - AFP 

sumber dari
berita harian Online

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mangsa Nurshazana berkata: 'Mahu baca Yassin di kubur'

Georgetown: "Nurshazana ada hubungi saya melalui kiriman Whatsapp dan meminta foto anak saudaranya kerana rindu," kata Mohamed Salleh Samsuddin, 54, bapa kepada seorang pramugari yang maut selapas pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine.

Menurutnya, kiriman Whatsapp itu dihantar 24 jam sebelum pesawat dinaiki anaknya berlepas dari Amsterdam.Mohamed Salleh berkata, anaknya turut meminta dia dan isteri menghantar salinan foto kad pengenalan mereka namun tidak memberitahu apa yang mahu dilakukannya.

SHAZANA dan keluarga. Gambar kecil, ibu Shazana, Sharom Ibrahim menunjukkan gambar anaknya.


"Anak juga memberitahu dia akan pulang pada hari raya pertama dan meminta kami menunggunya untuk menziarahi kubur sanak saudara.
"Dia juga turut memberitahu akan membaca Yassin di kubur dan berkeras mahu kami sekeluarga menunggunya," katanya yang ditemui di rumahnya di Bayan Baru di sini, sebantar tadi.


Menurutnya, anaknya itu anak sulung dari empat beradik dan bekerja sebagai pramugari sejak sembilan tahun lalu.

Sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

'Ibu bapa mangsa belum tahu insiden MH17'

Bukit Mertajam: "Saya rasa ibu dan bapa mangsa belum tahu mengenai kejadian menimpa anak mereka," demikian kata J Anthony Dass jiran kepada pramugara Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Timur Ukraine.

Anthony berkata, ibu bapa mangsa berusia 70-an itu juga dipercayai belum menerima berita mengenai kemalangan menimpa Sanjit atau mesra dengan panggilan Bobby. Katanya, kali terakhir dia melihat Sanjid Singh ialah sebulan lalu ketika mangsa pulang untuk melawat ibu bapanya. 

"Boobby adalah seorang yang baik dia mempunyai seorang kakal tinggal di Jerman dan kerap pulang melawat ibu bapanya terutama pada cuti umum.
"Difahamkan Sanjit mempunyai seorang anak lelaki dan menetap di Kuala Lumpur bersama isterinya," katanya.


JIRAN kepada pramugara Penerbangan Malaysia MH17 terhempas. FOTO Danial Saad


Sementara itu tinjauan di rumah keluarga Sanjid di Taman Selamat Alma, di sini, mendapati kediaman itu masih gelap.

Ibu bapa mangsa dipercayai masih tidur dan biasanya keluar rumah jam 7 pagi.

sumber dari 
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belum tahu punca penerbangan MH17 Terhempas

Sepang: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan setakat ini masih belum dapat mengesahkan punca Penerbangan Malaysia MH17 terhempas.

Menurutnya, jika benar pesawat itu ditembak jatuh, pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan. "Saya sudah berhubung dengan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. 

"Presiden Ukraine mengesahkan akan berbincang dengan pihak terbabit supaya bantuan dapat disalurkan di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang.
Katanya, kejadian ini disifatkan sebagai tragik khususnya kepada rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika mengadakan sidang media khas berhubung insiden pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine. FOTO Mohd Fadli Hamzah



"Penumpang MH17 terdiri dari pelbagai warganegara," katanya.

Penerbangan MH17 dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berhampiran sempadan Rusia kira-kira jam 12.15 waktu tempatan Amsterdam.

Pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penerbangan itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 6.10 pagi Jumaat.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerna Terpaksa....




Kerna Terpaksa aku Melangkah Pergi
Kerna Terpaksa ku Turut Kata Hati
Gementar Tubuhku Dengan Keputusan Ini
Biarpun Pedih ku Teruskan Jua

Di Antara Kita Mengapa Ada Dia
Biarpun Hanya Kawan Biasa
Tapi ku Rasa Berlainan Caranya
Hingga Mencakar Perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku Membuat Pilihan
Mengundurkan Diri Untuk Kebahagiaanmu

Kerna Terpaksa aku Rela Sendiri
Kerna Terpaksa Lalu aku Menangis
Tertutup Hatiku Untuk Bercinta Lagi
Tidak ku Tahu Bila Kan Terbuka

Di Antara Kita Mengapa Ada Dia
Biarpun Hanya Kawan Biasa
Tapi ku Rasa Berlainan Caranya
Hingga Mencakar Perasaanku
Andainya ku Melakukan Begitu
Bagaimanakah Perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku Membuat Pilihan
Mengundurkan Diri Untuk Kebahagiaanmu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat duit dengan EnSurvey.


Assalammualaikum

Hari ini nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang mendapat duit poket  walaupun sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nama site ini Ensurvey. Sementara korang blogging tu kan, boleh lah bukak Ensurvey kita ni menjawab survey2 yang dijalankan oleh pihak mereka.  Soalan-soalan pun mudah dan senang je uolls..Trust me ok..hehehe.

Laman Ensurvey ini akan memberikan ganjaran wang tunai kepada kita setiap kali kita berjaya menjawab survey yang ada dalam laman tersebut. Soalan yang diajukan juga begitu ringkas dan padat sesuai untuk semua lapisan umur.

Perkara utama yang perlu anda lakukan untuk sertai survey mereka adalah dengan mendaftarkan diri anda secara PERCUMA DISINI. Di sini ada dua kaedah pendaftaran iaitu melalui cara manual dan menggunakan Facebook. Sangat mudah.
Selepas mendaftar, jangan lupa untuk mengesahkan diri anda, yang mana link pengesahan akan di hantar ke emel yang anda daftar. Kalau tak sahkan, tak dapatlah nak join. =)

ada dua cara nak daftar. sila lihat anak panah

Ada lagi satu perkara yang lebih menarik perhatian iaitu Ensurvey akan membayar kita dari RM2 sehingga RM20 untuk menjawab satu survey sahaja (mengikut kehendak klien survey tersebut). Memang cukup lumayan.!

contoh survey yang dibuat.


Untuk pengetahuan anda juga, ganjaran anda nanti boleh menjadi berganda-ganda tetapi anda perlulah menjemput rakan-rakan anda untuk sertai Ensurvey ini melalui link referral anda. Anda boleh menjemput rakan anda melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter atau pun emel.

option yang diberikan untuk menjemput kawan-kawan.


Apabila rakan anda mendaftar, anda akan mendapat 2.5% lebihan pendapatan dari survey yang anda lakukan. Jadi semakin ramai rakan anda join, semakin tinggi peratusan pendapatan yang bakal anda perolehi.Dan apabila kita telah kumpul sehingga pengeluran minima iaitu RM100, pengeluaran boleh dilakukan dengan caj pengurusan sebanyak RM2 akan dikenakan.

Ini yang saya dah dapat. Walau pun sikit nanti lama-lama jadi bukit..


Jika anda berminat untuk membuat duit online secara sambilan sambil mendapat ilmu daripada survey-survey tersebut, Ensurvey adalah platform terbaik untuk anda memulakan misi tahun 2014 dengan pendapatan online secara sambilan. Jadilah yang terawal kerana bila anda lambat, semakin banyaklah survey yang akan anda tertinggal. First Come, First Get Money. Daftar sekarang DISINI.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tertusuk besi padah ambil jalan mudah

Beijing: Seorang lelaki berusia 30 tahun di Wuhan tersangkut pada pagar besi seperti daging kebab apabila tertusuk ketika cuba memanjat pagar berkenaan.Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, Wu melalui sebuah lorong kecil untuk pulang ke rumahnya namun mendapati pintu pagar di hujung jalan itu terkunci.

Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.
Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.

WU ketika di hospital.



Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu.
Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu. 

Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. - Agensi

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maut tersedak biji rambutan

Bangi: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas tercekik biji rambutan ketika sedang mengunyah buah berkenaan di rumahnya di Bangi Perdana, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa Muhammad Rayyan Iman Asri dikatakan tercekik ketika sedang menjamu selera ditemani pembantu rumahnya.
JENAZAH Muhammad Rayyan Iman dibawa ayahnya untuk disembahyangkan.

Kakak mangsa, Sorfina Batrisyia, 13, berkata, dia yang sedang bersiap di dalam bilik untuk ke sekolah pada sesi petang terkejut apabila pembantu rumahnya itu menjerit memberitahu keadaan menimpa Rayyan Iman.
Katanya, dia terus bergegas melihat keadaan adiknya itu yang didapati terbaring dalam keadaan sesak nafas.“Saya segera menelefon bapa yang ketika itu keluar bekerja.

sumber dari 
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Butik pakaian disamun dan diugut bunuh

Shah Alam: “Jangan cakap banyak. Kalau tidak aku bunuh!” Itu ugutan dua lelaki berparang yang menyamun sebuah butik pakaian di Seksyen 7, di sini, 8 Julai lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua pekerja butik yang berada di tempat kejadian kerugian dianggarkan berjumlah RM8,000. 


DUA suspek samun butik yang dirakam CCTV.


Pemilik butik yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 30, berkata, ketika kejadian, butiknya itu baru dibuka kira-kira satu jam dan dua pekerja sedang sibuk mengemas kini stok pakaian manakala seorang berada di stor.

“Saya ketika itu berada di sebuah lagi cawangan butik di Ipoh, Perak,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, dua lelaki yang sebelum itu dilihat mundar-mandir di hadapan premisnya dengan memakai beg sandang kemudian meluru masuk butiknya walaupun tahu ia dilengkapi sistem keselamatan.


“Penjenayah terus mengacukan parang ke arah seorang pekerja yang berada di kaunter sebelum menariknya masuk ke dalam pejabat. Mujur seorang pekerja yang berada di stor hanya mendiamkan diri selepas menyedari kekecohan berlaku. 

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...