Kemalangan Maut. Lima korban raya
Labels:
kemalangan
Gua
Musang: Hanya dalam tempoh tiga jam, daerah ini yang menjadi antara laluan
utama anak Kelantan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri mengorbankan
lima orang, manakala empat lagi parah dalam dua kemalangan berasingan, semalam.
Kemalangan
pertama berlaku di Jalan Chiku–Aring di Aring 8, dekat sini, jam 10.30 pagi,
dan menyaksikan dua sekeluarga maut apabila Perodua Alza dinaiki mereka
bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.
Mangsa
yang maut adalah pemandu Perodua Alza yang juga kakitangan Tenaga Nasional
Berhad (TNB) Kuala Terengganu, Terengganu, Mohd Kosim Rashid, 39, dan adik
iparnya Azliana Ab Kadir, 30, guru yang mengajar di Sarawak dan pulang bercuti
untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung.
ANGGOTA
bomba mengeluarkan mayat tiga mangsa dari kereta.
Isteri
Mohd Kosim yang hamil tujuh bulan, Arini Ab Kadir, 37 bersama anak mereka Mohd
Aniq Izat Mohd Kosim, 10, Umairi, 9, dan Alisha Balkiq, 6, parah dan kini
dirawat di Hospital Gua Musang.
Kemalangan
kedua berlaku di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai jam 1.30 petang
membabitkan Proton Wira yang bertembung dengan bas persiaran mengorbankan tiga
sahabat.
Tiga
sahabat, Suhariza Hassan, 35, Zulkifli Talib, 46, dan Mohd Zuki Ariffin, 41,
meninggal dunia di tempat kejadian.
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Selamat hari raya aidilfitri cikdelima..kadang kita amat berhati hati bila memandu dan ikuti segala peraturan jalan raya...tapi malang tidak berbau...hanya berserah kpd yg Maha Kuasa semoga melindungi perjalanan dgn selamat ke destinasi.
Catat Ulasan