Shah Alam: “Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai
sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak
pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk.
“Siapa sangka makanan
kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke
hospital Selasa lalu. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11
tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan
Rahimah (HTAR), Klang,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.Menurutnya, dia
membeli tiga bungkus roti John berkenaan Ahad lalu, namun empat daripada lima
anaknya berusia empat hingga 13 tahun mengalami sakit perut sehari selepas
memakan makanan itu sebagai juadah berbuka.
ANAK
ketiga Hamdan kini dirawat di ICU, HTAR
Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami
kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya
dimasukkan ke ICU.Katanya, anak
ketiganya itu diberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan dialaminya
manakala tiga lagi anaknya kini sudah stabil dan ditempatkan di wad biasa.
“Lebih membimbangkan, doktor yang merawat khuatir anak ketiga saya dijangkiti
kuman pada bahagian otak disebabkan keracunan makanan dialaminya.
sumber dari
myMetro
http://www.hmetro.com.my/
3 comments:
ALLAH kesian kn ~
semoga adik ni cepat sembuh@Amal Salleh
Allahuakbar kesiannya adik nih..
Catat Ulasan