RSS

Kerana membeli di bazar -Juadah ‘beracun’

Shah Alam: “Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk.

“Siapa sangka makanan kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke hospital Selasa lalu. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.Menurutnya, dia membeli tiga bungkus roti John berkenaan Ahad lalu, namun empat daripada lima anaknya berusia empat hingga 13 tahun mengalami sakit perut sehari selepas memakan makanan itu sebagai juadah berbuka. 

ANAK ketiga Hamdan kini dirawat di ICU, HTAR


Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya dimasukkan ke ICU.
Katanya, anak ketiganya itu diberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan dialaminya manakala tiga lagi anaknya kini sudah stabil dan ditempatkan di wad biasa.

“Lebih membimbangkan, doktor yang merawat khuatir anak ketiga saya dijangkiti kuman pada bahagian otak disebabkan keracunan makanan dialaminya. 

sumber dari
myMetro
http://www.hmetro.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Unknown berkata...

ALLAH kesian kn ~

cikdelimamerah berkata...

semoga adik ni cepat sembuh@Amal Salleh

Mimie berkata...

Allahuakbar kesiannya adik nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...