RSS

Lembu ‘sumpit’ dalam kereta

Pasir Puteh: Tiga sahabat termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam sindiket mencuri lembu dengan menggunakan sumpit sebagai senjata pelali diberkas dalam serbuan di Kampung Lot 23, Cherang Ruku, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 5.30 pagi itu, dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun berasal dari Jengka, Pahang ditangkap bersama remaja bawah umur itu ketika baru tiba di pekarangan rumah berkenaan selepas selesai mencuri empat lembu di Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, intipan dilakukan selama setengah jam di rumah berkenaan sebelum Proton Iswara dipandu suspek berusia 29 tahun bersama remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tiba di rumah berkenaan.

DUA lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar.

Katanya, sebaik seorang pegawai memperkenalkan diri, suspek cuba melarikan diri dengan terus masuk ke rumah sebelum bersembunyi di sebalik almari, namun dapat diberkas.


“Hasil pemeriksaan lanjut, dua lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar akibat disumpit ubat pelali terperosok di tempat duduk belakang.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

NAZLIANA SI CUTE berkata...

adehh nak cari duit pun agak2 la kan..kerja haram mcm ni nak jual ke org..kesian mak ayah dia..tgk anak dia mcm ni punya perangai

Cik Mimie berkata...

Ya ALLAH, orang macam ni pun ada..kesian kat lembu tu..ish3x, bulan2 pose buat keje macam ni..

cikdelimamerah berkata...

jalan senang nak cari duit@nor nazliana

cikdelimamerah berkata...

cik mimie diorang ni tak pikir dah halal ke haram ...@Cik Mimie

Ainim Rashihah berkata...

adeh, dalam bulan pose pun sempat lagi buat jahat

Cik Itah berkata...

salam. uhuk tak pasal-pasal lembu masuk kereta..adoii diorang ni takda kerja..

y i e n berkata...

adoiii.. muda2 lagi dah buat perangai mcm setan.. pompuan pulak tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...