Apa yea nak masak
untuk berbuka yea..Pikir punya pikir maka tercetuslah idea untuk memasak nasi
tomato. Bahan-bahan tak lah susah mana. Bahan-bahan nya kebanyakan ada kat
umah..Masak pun tak susah mana pun. Just simple and sedap uolls..Nak tengok
resepi jom tengok kat bawah.
Bahan-bahan
untuk 2 orang makan (Sebab saya ngan En Suami je makan..hehehe)
1.
2
cawan beras (dibersihkan)
2.
Butter
sikit je dalam 2 sudu besar. Boleh juga guna minyak sapi. Tapi kat umah saya
ada butter je.
3.
Rempah
tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bunga pelaga)
4.
Bawang
besar 2 biji, bawang putih 2 biji, halia seinci (hiris nipis-nipis je)
5.
Tomato
puri (beli yang kecik je dalam 100g)
6.
Susu
sejat 200ml (depends lah nak guna boleh tak nak guna pun boleh)
7. Stock ayam (saya guna kiub ayam je) dan sedikit garam.
Cara-Cara:
1. Cairkan butter. Tumis kan
rempah tumis. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dan
goreng sampai naik bau.
2. Kecikkan api, tuang tomato
puri. Kacau lagi bagi mesraa....Biarkan mendidih kejap then masukkan beras.
Kacau rata dalam 2 minit.
3. Masukkan susu sejat dan kiub
ayam. Kemudian masukkan air 2 cawan. Tapi terpulang beras apa yang korang guna
yea. Agak-agak lah yea.
4. Kemudian perasakan lah dengan
garam. Kawal api dan biar beras sampai masak.
5. Dah masak angkat dan hiaslah
sesuka hati korang. Nak letak bawang goreng pun boleh. Memandangkan stock
bawang goreng tak de, so kosong jelah nasi tomato saya.
Ok tak lengkapkan kalau nasi tomato tanpa lauk. So saya
melengkapkan nasi tomato saya dengan ayam masak merah dengan acar timun.
Pergggh...tangkap leleh kawan-kawan. Baru masyuk Uolls...Resepi saya mudah je.
Tapi sedap (angkat bakul
sendiri..hehehe).
Jom tengok resepi nya.
Ayam Masak merah
Bahan-bahan
1. Ayam 400g
2. Bawang merah 2 biji, bawang
putih 3 biji, 1 inci halia (dikisar)
3. Cili kering 10 biji dikisar (masak dulu baru blender. Nak kurangkan
pedas)
4. 1 batang serai
5. Garam
6. Gula
7. Minyak untuk mengoreng ayam dan
bahan tumisan
Cara-Cara
1. Basuh ayam dan toskan
2. Gaulkan dengan kunyit dan
garam. Kemudian goreng ayam ¾ masak. Jangan sampai garing tau. Nanti kurang
sedap.
3. Dah masak ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak untuk
menumis bahan yang dikisar. Kacau sehingga cili pecah minyak. Jangan sampai
hangit tau. Nanti tak sedap. Kemudian masukkan serai.
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Kemudian masukkan ayam dan gaul
sebati.
7. Kalau nak cantik boleh lah
letak bawang yang dihiris bulat-bulat. Tapi tak letak pun tak pe.
8. Siap dan boleh dihidang.
Acar Timun
Bahan-bahan
1. 1 biji timun
2. 1 bji carrot
3. 1 biji bawang besar (dihiris)
4. Garam
5. Gula
6. Sedikit cuka
7. 3 biji cili padi (dipotong
kecil)
Cara-cara
1. Potong timun dan carrot
kecil-kecil memanjang. Nak potong bulat-bulat pun boleh.
2. Gaulkan bersama bawang, cuka,
cili padi dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Siap dan sedia dihidang.
Inilah hasil nasi tomato Terlajak Sedap bersama Ayam Masak Merah Kebabom.
6 comments:
ehem. nampak sedap ni kak. nt nk try la resepi ni :)
fuyyo... daknyer. kenapa tak hantar kat rumah saya sket
Assalam..
Saya singgah dan follow dari blog Kak Mia. Salam ukhwah fillah ;)
p/s - nmpak cm sedap je. boleh cuba ni :)
lapo da niii
TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLOW.. I'' FOLLOW YOU BACK ;-)
uish...mengiurkan...memang terlajak sedap nampak ni
menjejes ailio tgk
Catat Ulasan