RSS

Ayam Goreng Berempah



AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji
1 sudu serbuk cili (untuk yang suka rasa pedas)

Cara2 menyediakan.

1. Ayam dipotong beberapa bahagian dan cuci bersih dan toskan
2. Kisar untuk bahan-bahan kisar diatas. Jangan masuk banyak air. Agak2 boleh blend je. Nanti terlebih air tak sedap plak.
3. Perapkan ayam dan semua bahan2 kisar dan bahan2 perasa & gaul sebati.  Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Masukkan ayam dan segala dengan bahan rempah.
5. Sambung menggoreng lagi ayam dan masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. 
6. Dah masak, hidangkan bersama serdak2 yang digoreng. Sedap di makan dengan nasi lemak, nasi putih, atau nasi ayam. Memang terangkat lah..hehehehe...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Mimi Azirah berkata...

sedapnyaaa

ain syafieqa berkata...

lama dah nak buat ayam berempah ni.thanks kongsi resepi..

CiK N.A berkata...

anda ditag :)

http://ckecilberbicara.blogspot.com/2014/08/7-things-about-cik-na-versatile-blogger_29.html

Yun Sing berkata...

Amboi sedap giler T_T

Yun Sing berkata...

Amboi sedap giler T_T

Iezwa Razk berkata...

Waahhh sedapnya. Boleh try ni lepas ni. hehe :)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK berkata...

Yummy.
Nampak menyelerakan.

Cahaya Ketinggian Kehalusan berkata...

Salam, jemput join GA di bawah. Seriously hadiah dia semua superb2. Memang rugi kalau tak join.

http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/2014/08/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html

Mohd Noor Shawal berkata...

Singgah sini.. wah nice resipi, boleh try ni.. hahaha :)

Han Woo Hwan's Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...