RSS

Bayi 18 bulan terperangkap dalam kereta.


Jertih: “Alhamdulillah...saya bersyukur kerana anak saya dapat diselamatkan selepas hampir satu jam setengah terperangkap dalam kereta,” kata Dr Zaleha Mohd Zahid, 47, ibu kepada Marisa Mohd Hashim, 18 bulan, yang terperangkap dalam kereta Perodua Alza di hadapan sebuah pasar raya di Kampung Seberang Jertih, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Marisa yang juga anak bongsu daripada dua beradik terperangkap seorang diri di dalam kereta ibunya yang ketika itu memasukkan barang-barang yang dibeli di pasar raya berkenaan ke dalam kereta berkenaan

Menurut Dr Zaleha, ketika kejadian, anaknya itu berada di tempat duduk depan sebelum semua pintu kereta tiba-tiba tertutup dan terkunci.
 
 
ANGGOTA bomba memecahkan tingkap pintu kereta. Gambar kecil, Marisa asyik bermain tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
 

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan Marisa yang bermain kunci automatik dan tersalah tekan hingga menyebabkan pintu kereta terkunci.

“Panik dengan kejadian itu, saya cuba membuka pintu, tetapi gagal sebelum mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jertih.
 
sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Umie Amirain berkata...

Berhati-hati lepas ni tinggalkan anak kecil sorg2 terutama dalam kereta...kalau bole, biarlah berteman...

Karya Mahirah berkata...

jgn tinggalkan anak dlm kereta sorang2. kn byk da pengajaran kita boleh dpt. anak mati lemas, kena bawak lari kereta, mcm2 lagi... kena peka...

zuhaira nasrin berkata...

http://eyranasrin.blogspot.com/2014/08/ga-cik-anita-saya-nak-menang-baju-free.html

Mimie berkata...

Ya Allah naaib baik xde pape

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...