RSS

Melecur Akibat main mercun bola


Kuantan: “Saya mengetahui kejadian itu apabila mereka balik dalam keadaan muka melecur dan terlompat-lompat sambil anak saudara saya menjerit dan memberitahu dia tidak dapat melihat sehingga menimbulkan rasa panik kami sekeluarga.
Saya langsung tidak menyedari bila mereka keluar bermain mercun kerana sebelum itu, saya melihat mereka berada di ruang tamu bersama sanak saudara lain,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 38, ibu angkat kepada dua mangsa mercun yang nyaris buta dalam kejadian kelmarin.

Katanya, anak angkatnya, Mohd Zawawi Osman, 9, bersama sepupunya, Mohd Zazali Che Dahek, 10, keluar dari rumah keluarganya di Kampung Setajam, Rompin pada jam 11 pagi, namun dia tidak mengetahui ke mana arah tuju mereka kerana sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumahnya di Chengal, Alor Setar, Kedah.\
 
 
MOHD Zazali terbakar dan melecur di muka ketika bermain mercun bola.

Intan berkata, beberapa minit kemudian, dia mendengar jeritan Mohd Zazali sebelum melihat kedua-dua mereka dalam keadaan basah kuyup dengan beberapa anggota badan termasuk muka dan tangan melecur.
“Mohd Zawawi memberitahu saya bahawa mereka cuba menyalakan mercun bola yang sudah pecah menggunakan pemetik api, namun belum sempat berbuat demikian, api secara tiba-tiba menyambar belerang mercun berkenaan dan meletup di depan muka mereka berdua.\
 
sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mimi Azirah berkata...

Ya Allah..nih semua lah nih..x serik serik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...