RSS

Rendang Ayam Mudah



Berlalu lah sudah Ramadhan
Sebulan Berpuasa
Kini Syawal kita Rayakan
Dengan rasa gembira…  
 (ni bukan pantun uolls tapi lagu raya yea..Cam ne raya uolls. Mesti tengah sibuk open house lagi ni . Raya kan sebulan kan..hehhehe. Kat open house biasa uolls cari menu apa..Lemang?Ketupat? Laksa?Rendang? atau tak kisah..Yelah tak  kisah lah menu apa2 kan. Tuan rumah dan jemput, makan je. Rezeki  jangan di tolak..tak gitu..Yang sebenar2 nya saya nak berkongsi resepi rendang yang mudah, senang, dan ringkas gitu..Nak tau ke. Jom baca kat bawah..Tak try tak tau uolls…



Bahan-bahan
1 ekor ayam
4 biji bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
4 batang serai (kisar)
15 tangkai cili kering (kalau suka pedas tambah lagi) (kisar)
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu kerisik
2 cawan santan/2 kotak santan (200ml)
Daun kunyit
Garam
Gula
1 keping asam keping


Cara-cara memasak
1.    Potong dan bersihkan ayam
2.    Bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili kering dikisar.
  3.    Sediakan kuali dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit supaya Nampak kekuningan. Kalau nak letak kunyit hidup pun tak pe. Boleh kisar sekali dengan bahan kisar.
4.     Dah agak kering sedikit masukkan ayam.
       5. Kacau ayam sehingga sebati. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan
6.    Bila dah kering sedikit masukkan kerisik, asam keping
7.    Perasakan dengan garam dan gula
8.    Dah agak kering dan pecah minyak boleh tutup api.
      9.    Boleh lah di gaul dengan hirisan kecil daun kunyit. Saya suka hiris-hiris sebab nanti bau rendang wangi je. Tak letak pun tak pe..(ikut suka)



Tadaaa..ini lah rupa ayam rendang saya…..Makan ngan nasi je..Kalau nak makan dengan nasi impit ke, ketupat pun boleh…Selamat mencuba…




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

cik laili berkata...

sedapnya..

terima kasih berkongsi resepi rendang yang mudah ni :)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK berkata...

Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapakan Selamat.Hari.Raya Aidilfitri.

Cikdelima merah berkata...

selamat hari raya juga untuk DR@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK

Mardiah Diana berkata...

Assalamualaikum dan salam singgah ptg di sini...wah...sedapnyer rendang ayam tu..nak cuba masak ni...singgah dari blog Dayang Deno...salam perkenalan dan salam syawal...

Cikdelima merah berkata...

Cubalah...sekali cuba nak lagi..heheheh@Mardiah Diana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...