RSS

Cinta Stock Take

Cinta hadir tanpa di undang..Kadang2 tersepak pun boleh jatuh cinta. Tak gitu? Cinta ni kadang2 buat orang bersemangat..Sesetengah org kate kerna cinta org celik blh jadi buta..begitulah penangan kalau dah bercinta..Dalam hati ada taman lah kate kan..Harum semerbak bunga rose yang mewangi.. Tapi itu kalau tengah bahagia. Cuba kalau tengah gaduh, maunyer semerbak bunga tahi ayam..Hati tengah panas beb..hihihi..


Tapi bagi saya, cinta sesama manusia ni susah nak ditafsirkan..kerna cinta pada Allah lah yang paling hakiki.. Sesetengah orang bila putus cinta, mulalah ingat dunia ni dah xbermakna. Tapi ingat kite masih ada Allah, ada mak abah..Cinta separuh mati pun, kalau Allah dah tuliskan dia bukan jodoh kite, makne nye dia bukanlah jodoh kita.

Saya mengenali alam bercinta ni masa zaman Universiti..Masa ni  Baru nak berjinak-jinak dengan cintan-cintun ni..Tapi bukan satu Universiti. Al-kisahnya tersalah no tel. Dari situlah mula-mula kenal2, kwn2, dan declare as a couple. Chewah.Tapi cinta xkesampaian dan jodoh xda..Saya doakan dia sentiasa bahagia disamping keluarga, isteri dan anak tersayang.

Ok berbalik kepada Cinta Stock Take. Nak tau ke kisahnye..tapi yang xtau stock take tu pe. Disini saya terangkan. Stock Take tu ialah Pengiraan stock untuk mengetahui samada company tu ada rugi ka ada untung ka. Kalau ada untung bonus pun masyuk lah..Itu lah serba sedikit, Sebenarnya saya kenal en suami saya masa stock take ni lah. Tapi kami ni outlet lain2. Saya dipilih untuk support Stock Take di Taipei..eh silap bukan Taipei tapi Taiping. Dan En Suami pun terpilih juga dari outlet dia. 

Detik perkenalan mula2 hanya lah sembang2 biasa...Just kenal2..Ada sorang member saya gtau saya. Dialog dia lebih kurang cam kat bwh ni:

Kawan: Dia tu laki orang lah.
Saya : Mane ko tau?
Kawan: Aku tengok dia tengah 3G ngan sorang perempuan.
Saya :ooo..Biarlah dia..Xda kene mengena ngan aku pun.

Lagi pun masa tu anggap kawan2 biasa je. Time tu dia xmintak lagi no tel..2 minggu lepas tu, outlet saya plak ada stock. Dia pun ada support untuk outlet saya. Time tulah dia mintak no tel. Tapi saya tanya lah, xde org marah ke. Yelah kot btl2 suami orang. xke naye saya. Tapi dia gtau sape nak marah. So baru lah tau dia xkawin lagi. 

1st time dating kat McDonals Tambun.Mula2 nak kenal lah katekan..Akhirnya setelah mengenali kami pun berkawan. Dalam istilah lain nyer "bercouple". Disitulah detik perkenalan kami. iaitu di STOCK TAKE. Jodoh pertemuan bermula di STOCK TAKE. Akhirnya cinta STOCK TAKE berakhir di jinjang pelamin. Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kami. Yang pasti setiap jodoh pertemuan itu di tangan Allah..Berdoalah dan berusalah kerana Allah lebih tahu pe yang terbaik untuk kita.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...