RSS

Hirup Air Panas Di Piring- Kenangan Terindah



Nak ikut...Nak ikut pergi kedai(diolag yang biasa bila abah siap-siap nak pakai baju nak keluar)..macam tu lah saya di waktu kecil..Kenangan terindah..Zaman kanak-kanak memang seronok. Tak payah pikir masalah, tak payah pikir susah..Dengan baju comot nye, biarlah janji dapat ikut. Naik basikal tua abah. Best sesangat..

Abah biasanya pergi kedai yang biasa dia pergi dekat kampung saya..Saya biasanya kalau pergi dapat gula-gula free, xpun belon ke dari tauke kedai tuh. Tu sebab selalu nak ikut.hihihi..Lepas pergi kedai runcit, pergi kedai minum plak..Abah biasanya order teh. Order satu je.untuk saya takda. sedey kan. Tapi tak pe, untuk saya tetap ada. Abah biasanya tuang dalam piring dan bagi kat saya. Best masa kecik2.

Korang pernah tak melalui macam ni zaman kecik2 dulu. Jom kongsi. Zaman sekarang mungkin dah berkurang kot, sebab sekarang org dah biasa minum guna mug. Termasuklah saya..hehehe..Itulah Kenangan Terindah yang tersemat di hati.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...