RSS

Masam Manis Kehidupan



Hidup ini tak pernah lari dari dugaan, Tapi setiap dugaan Itulah yang mematangkan kita dalam kehidupan kita. Allah Tak kan turunkan dugaan kepada manusia jika kita tidak mampu menanggung nye. Begitulah dalam alam rumahtangga.. Sesekali badai melanda, andai tiada benteng yang kuat pasti sudah dilambung ombak. Benteng itulah keimanan kita.

Alam rumahtangga banyak pancaroba nye. Kadang2 hal yang kecik pun blh jadi beso (loghat perak). Suami isteri kena saling memahami. Kadang2 isteri merajuk, bukan nye nak mengada2 tapi sekadar nak dpt sedikit perhatian. Hati seorang perempuan ni sgt halus, dan mudah tersentuh. Sebab tu org kate hati perempuan ni mcm kerak nasi, mcm tnh liat lah. walaupun luaran perempuan nampak keras, tapi tak bermakna tak boleh di bentuk. btl tak? Tapi kenalah betul dengan caranya..

Sebut sahaja masam manis kehidupan ni mesti terbayang masam ni macam limau, manis macam gula atau madu. Begitulah tersiratnya di sebalik kehidupan. Ada masam, manis, pahit, kelat. Nak kate sume adelah. Barulah namanya kehidupan. Kalo mendatar je. xsonok jgk kan. Kalau buat graf kehidupan pun line nye strainght je, bosan jgk.xgitu?

Selagi nyawa di kandung badan, walaupun pahit perjalanan hidup ini. Hendaklah terus melangkah ke hadapan. Cuma intai2 lah sekali sekala pe yang dibelakang agar memberi semangat untuk kita terus maju ke hadapan.InsyaAllah selagi kita berusaha, Allah akan memberi kita jalan.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...