Ok hari saya ni nak masak yang simple2 je. Menu hari ni ialah AYAM GORENG BERSALUT NESTUM. En suami saya pun suke, Makan macam tu pun sedap. Nak makan dgn nasi pun boleh. Terpulang. Janji kenyang perut x berkeroncong..
Bahan Nye adalah:
1. Ayam (Di potong kecil2. biasanya saya ambik bahagian dada. senang sikit nak potong kecil2)
2. Tepung goreng serbaguna (Saya guna Tepung Goreng Serbaguna Bistari Hot n Spicy)
3. Nestum
Cara-cara memasak
1. Bersihkan ayam setelah dipotong kecil-kecil dan toskan
2. Masukkan Tepung Goreng serbaguna dalam mangkuk. Tambah air sedikit. Jangan banyak tau, nanti cair plak. Agak- agak boleh melekat dengan ayam. Saya suka guna tepung ni, sebab tak perlu campur dengan telur.
3. Tepung dah sebati, masukkan ayam dalam tepung. Gaul sampai rata.
4. Kemudian bolehlah salutkan dengan nestum.
5. Panaskan minyak
6.. Dah siap salut,boleh lah digoreng. Dah siap boleh lah di makan.
Mudah and sedap..tak caye cuba try test..hehehe..
0 comments:
Catat Ulasan