RSS

Makbul Doa Seorang Ibu



Assalammualaikum

Islam menuntut kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa kita. Ia merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan sentiasa menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan. 

Berbalik kepada makbul seorang ibu ni, saya merasakan pengorbanan mak saya dalam kehidupan saya memang tak ternilai harganya. Menjaga saya dari kecil hingga lah dewasa dan Alhamdulillah berjaya melanjutkan pelajaran, walaupun di peringkat Diploma. Mungkin itulah salah satu doanya..

Tahun lepas, Alhamdulillah mak dapat surat untuk mengerjakan Haji. Segala kelengkapan untuk pergi ke Tanah Suci saya dan kakak saya uruskan. Itu yang mampu kami berikan. Sungguh teruja sekali mak saya, bila dapat tahu dapat pergi menjejak kaki ke Tanah Suci.

1 bulan selepas mak balik dari mengerjakan haji, saya berhenti kerja disebabkan tekanan yang tak boleh nak menanggungnye lagi. Itupun selepas saya berbincang dengan suami saya. 2 minggu duduk di rumah pada awalnya memang seronok, tapi lepas tu mulalah bosan. Jadi saya pun cuba tanya kawan2 ada tak kerja kosong. Tapi bukanlah terdesak sangat. 

Satu hari, selepas balik dari pasar malam, husben pergi peti surat. Kemudian dia bagi tahu ada surat untuk saya. Saya pun buka lah. Selepas buka dalam percaya tak percaya, saya di tawarkan pekerjaan dalam kerajaan. orang kate keje gomen. Yelah lebih kurang 5 tahun lepas pergi interview baru sekarang dapat. Perasaan tak tahu lah nak di gambarkan macam mana, suka, gembira, rase nak nangis pun ada. 

Husben pun bagitahu, mungkin doa mak dah termakbul. Dalam diam saya mengucap syukur dan berterima kepada mak saya. Hebatkan doa seorang mak. Selagi mak kita hidup, hargailah dia. Tidak terputus doa seorang ibu selagi nyawa di kandung badan..

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."

Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...