RSS

Bukan ‘budak penyu’ lagi

London: Kehidupan seorang kanak-kanak berubah tiga tahun lalu selepas doktor berjaya membuang tahi lalat besar di belakang badannya.Didier Montalvo, lapan, pernah digelar ‘budak penyu’ kerana mempunyai ketumbuhan seperti cengkerang di belakang badannya.Dia disahkan menghidap Congenital Melanocytic Nevus (CMN) pada 2011.

Didier diterbangkan dari bandar asalnya di Colombia ke Britain semalam untuk bertemu dengan kanak-kanak yang senasib dengannya.Menceritakan keadaan anaknya dalam satu wawancara dengan stesen televisyen ITV, ibu Didier, Luz berkata, anaknya begitu sedih kerana digelar ‘budak penyu.’


DIDIER sebelum (kanan) dan selepas dibedah.

“Dia sering memberitahu saya mengapa nasib dia begitu. Sukar untuk menjawab soalannya.“Keadaan itu menghalangnya melakukan pelbagai aktiviti yang digemarinya,” kata Luz.

Tetapi mujur ada pakar bedah plastik, Neil Bulstrode yang sanggup menjalankan pembedahan percuma selepas mendengar nasib Didier.Dia kini boleh menjalani hidup seperti kanak-kanak lain.

Bulstrode berlepas ke Bogota untuk membantu sepasukan pakar bedah membuang tanda lahir Didier yang tumbuh begitu besar sehingga membahayakan nyawanya. Doktor kemudian menjalani beberapa sisi pembedahan secara berperingkat-peringkat.

Menurut Bulstrode, kes Didier adalah yang paling teruk pernah ditemuinya.“Dia umpama berjalan dengan membawa seguni kentang di belakangnya,” kata Bulstrode. - Agensi

sumber dari
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Fadzi Razak berkata...

Alhamdullilah dia dah sihat. Nasib baik ade doktor yang baik hati.

Cikdelima merah berkata...

Alhamdulilah..dah jadi mcm kanak-kanak normal. Kesian dia tak boleh nak bergaul sebelum ni@Fadzi Razak

Siti Aisya Ibrahim berkata...

Bagus dokter tuh...pemurah dan baik hati...alhamdulillah still wujud orang baik2 dlm dunia ni kan... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...