RSS

Dasyatnyer..Kayu 'terbang' tembus dahi

Gemas: Seorang pekerja kilang papan warga Nepal terpaksa menahan kesakitan akibat dahinya ditembusi sebatang kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1.5 meter, di Gemas, pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian jam 8.50 pagi itu mangsa sedang bertugas memotong kayu di kilang papan itu dan secara tiba-tiba serpihan kayu itu 'terbang' lalu menusuk dan menembusi dahi mangsa.Pihak majikan menghubungi Klinik Kesihatan Gemas meminta bantuan ambulans bagi menghantar mangsa ke hospital. 

Pegawai Bomba Kanan I Kamaruddin Salleh daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gemas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.51 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota untuk bantuan menyelamat.
Beliau berkata, disebabkan kayu yang menembusi dahi mangsa terlalu panjang mesin pemotong khas terpaksa digunakan.




"Bomba memerlukan tujuh minit untuk memotong kayu berkenaan menggunakan mesin khas bagi mengurangkan impak kecederaan lebih serius kepada mangsa selain meminimumkan kesakitan dialaminya," katanya.

Katanya, kakitangan Klinik Kesihatan Gemas turut membantu operasi sebelum mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

HARITH SYAHMI berkata...

mcm manalah sampai boleh terbang kayu tu.haish ngeri sungguh

Mimi Azirah berkata...

adehhhhh ngerinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...