RSS

Butik pakaian disamun dan diugut bunuh

Shah Alam: “Jangan cakap banyak. Kalau tidak aku bunuh!” Itu ugutan dua lelaki berparang yang menyamun sebuah butik pakaian di Seksyen 7, di sini, 8 Julai lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua pekerja butik yang berada di tempat kejadian kerugian dianggarkan berjumlah RM8,000. 


DUA suspek samun butik yang dirakam CCTV.


Pemilik butik yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 30, berkata, ketika kejadian, butiknya itu baru dibuka kira-kira satu jam dan dua pekerja sedang sibuk mengemas kini stok pakaian manakala seorang berada di stor.

“Saya ketika itu berada di sebuah lagi cawangan butik di Ipoh, Perak,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, dua lelaki yang sebelum itu dilihat mundar-mandir di hadapan premisnya dengan memakai beg sandang kemudian meluru masuk butiknya walaupun tahu ia dilengkapi sistem keselamatan.


“Penjenayah terus mengacukan parang ke arah seorang pekerja yang berada di kaunter sebelum menariknya masuk ke dalam pejabat. Mujur seorang pekerja yang berada di stor hanya mendiamkan diri selepas menyedari kekecohan berlaku. 

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

irrayyan berkata...

takutnya..berani diorg ni..orang xnampak ke parang yg diorg pegang tu...

Eiqa Almond berkata...

india ke melayu tu kak.??

kalau melayu nak cakap bulan puasa gini pun nak buat benda2x gini. Allah. Semoga Allah sedarkan mereka.

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Macam2 kes jenayah sekarang nie yer... Menakutkan

Montana berkata...

salam ramadhan yang ke 18. datang jalan2 dari blog MiaLiana.Dia kan pesyen kumpul link blog blogger2 lain.memudahkan kita untuk terus blogwalking blog org lain ;-)..saja ja mai singgah baca entry terbaru blog ini.. Senang2 mai la blog Montana nooo ;-) semoga terus success ;-)

Prof John berkata...

manusia makin hilang waras..sanggup buat macam2 demi duit..

Mimi Azirah berkata...

Ya Allah menakutkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...