RSS

Kemalangan Betis hancur digilis kereta

Parit Buntar: Seorang lelaki hancur betis kaki kanan apabila digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, mangsa berusia 20-an menunggang motosikal sebelum dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta menyebabkannya tercampak lebih tiga meter sebelum digilis kenderaan berkenaan. 

MANGSA kesakitan menunggu bantuan perubatan sampai untuk membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar, semalam.


Pemandu kereta terbabit, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain terserempak dengan mangsa dan cuba mengelak, namun gagal.

Abdul Rahman yang memandu kereta Proton Wira berkata, mangsa tercampak lebih tiga meter selepas pertembungan itu manakala motosikal ditunggangnya remuk di bahagian hadapan.

Menurutnya, kemalangan turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya rosak manakala rim tayar hadapan kanan hancur dilanggar motosikal mangsa.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mimie berkata...

ngerinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...