RSS

Jom kita Balik Kampung.Rebat tol 10 peratus Aidilfitri

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka menikmati rebat tol lebih daripada 10 peratus pada hari terpilih sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol yang akan diumumkan pada 21 Julai ini akan diberikan kepada pengguna yang membayar tol secara eletronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go dan SmartTAG di lebuh raya kendalian PLUS. 




“Dengan adanya rebat, memang banyak boleh jimat, khususnya masa musim raya ini orang melakukan perjalanan jarak jauh, jadi bila jarak jauh tol yang kita bayar lebih banyak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk kepada pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Subang, di sini, semalam.

Noorizah juga berkata langkah itu sebahagian strategi pengurusan untuk melancarkan lalu lintas dan menggalakkan orang ramai supaya melakukan perjalanan pada hari tidak sesak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mimie berkata...

tahun nih raya PD ajr..dkt sgt ngn rumah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...