RSS

Maut dihempap kayu

Bidor : Seorang warga emas yang menunggang basikal maut selepas muatan kayu dari sebuah lori tiba-tiba menghempapnya dalam kejadian di kilometer 65.7 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, mangsa Tan Lee Meng, 64, dalam perjalanan dari Tapah menuju ke Sungkai. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Dinkeliaw ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata akibat kejadian itu mangsa meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami cedera parah. 




Menurutnya, siasatan mendapati apabila tiba ditempat kejadian selepas melalui jalan selekoh tiba-tiba lori dari arah sama membawa muatan kayu bergegaji terbalik ke kiri jalan dan menghempap mangsa.
"Mangsa yang cedera parah maut ditempat kejadian.


"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan,"katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

lynmunir berkata...

Dah sampai ajal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...