RSS

Mayat rentung di kebun

Batu Pahat : Penduduk Kampung Seri Paya Ayer Hitam disini, gempar apabila menemui mayat dalam keadaan rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sekitar kebun di kampung itu, lewat petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mayat yang belum dikenal pasti jantina dan identiti itu ditemui penduduk kampung yang baru pulang dari kebun.
Difahamkan mayat itu dibakar bersama tayar kerana terdapat kesan tayar yang hangus ditemui di lokasi kejadian.

MAYAT yang belum dikenal pasti ditemuui rentung dekat kawasan kebun di Kampung Seri Ayer Hitam, Batu Pahat, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisoner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
"Setakat ini kita masih menyiasat kes terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan," katanya

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

ika zulkefli berkata...

kes bunuh ni dh mcm prkara biasa, dh tak takut tuhan kot..ish..ish

Mimi Azirah berkata...

kes bunuh nih dh merata ada..takut nye la hai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...